Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
SYRIA DAKWA ISRAEL SENGAJA BUNUH RAKYATNYA
Isnin, Ogos 07, 2006
DAMSYIK 6 Ogos - Syria mendakwa Israel sengaja menyasarkan bom ke arah perkampungan Lebanon di Qaa, berhampiran sempadan negara itu, sehingga mengorbankan 28 orang yang kebanyakannya rakyat Syria.
Agensi berita Sana melaporkan, Menteri Luar Syria, Farouq al-Sharaq telah menghantar sepucuk surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan dan pengerusi Majlis Keselamatan PBB, Ole Peter Kolby untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

"Israel telah melakukan pembunuhan berikutan pencerobohannya di Lebanon apabila pesawatnya dengan sengaja melakukan serangan itu," menurut surat tersebut.

Serangan itu dilancarkan ketika mangsa-mangsa terbabit memindahkan buah- buahan dan sayur-sayuran di sebuah gudang, kira-kira 50 kilometer dari bandar timur Baalbek, kelmarin.

Syria menuntut Israel membayar ganti rugi kepada kaum keluarga mangsa yang terbunuh selain menyokong Lebanon bagi meminta ganti rugi ke atas pembunuhan yang dilakukan oleh Israel di Qana dan Qaa serta kemusnahan infrastruktur di Lebanon.
posted by jasindaily online @ 5:13 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com