Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
SERANGAN BOM, LEBIH 40 TERBUNUH
Khamis, Ogos 31, 2006
BAGHDAD 30 Ogos - Lebih 40 orang terbunuh dalam serangan bom di Iraq pagi ini, termasuk 24 orang di sebuah pasar yang sibuk di kota ini.

Menurut polis, serangan ke atas sebuah pasar di Shorja menyebabkan 35 orang cedera, sekaligus menggugat keadaan yang kebelakangan ini agak tenang.

Dua orang terbunuh dan 21 cedera dalam satu letupan bom di daerah Karrada.

Sebutir bom turut meletup berhampiran sebuah stesen minyak yang sibuk, sekali gus menarik kedatangan polis.

Lima anggota polis cedera apabila sebuah kereta yang diletakkan berhampiran meletup.

Tiga jam sebelum itu, bom yang dipasang pada sebuah basikal yang diletupkan di sebuah pusat pengambilan rekrut, menyebabkan 12 orang terbunuh dan 38 cedera.

Jurucakap polis wilayah Hilla, Kapten Muthanna al-Mamuri berkata, basikal tersebut ditinggalkan di tempat kejadian pada awal pagi dan meletup pada pukul 8 pagi (12 tengah hari waktu Malaysia).

Pusat pengambilan rekrut sering menjadi sasaran serangan bom kerana dianggap sebagai elemen strategik Amerika Syarikat mengundurkan askarnya dari Iraq.

Hilla merupakan bandar puak Syiah yang dikelilingi kawasan perkampungan Sunah dan menyaksikan banyak serangan bom sepanjang lebih dua tahun.
posted by jasindaily online @ 7:32 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com