Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
SAUDI INGATKAN ISRAEL - HARGAI KESELAMATAN JIRAN JIKA MAHU HIDUP LAMA - PUTERA SAUD
Isnin, Ogos 28, 2006
JEDDAH 27 Ogos - Menteri Luar Arab Saudi semalam berkata, Israel perlu mengambil kira keselamatan jiran-jiran Arab jika ia mahukan keamanan di rantau Asia Barat.

Putera Saud al-Faisal membuat ulasan tersebut ketika negaranya berusaha mengadakan sidang kemuncak pemimpin-pemimpin Arab bagi meneruskan usaha damai dengan Israel selepas gencatan senjata menghentikan pencerobohan rejim Yahudi ke atas Lebanon.

Israel telah melancarkan pencerobohan ke atas Lebanon selepas para pejuang Hizbullah berjaya menawan dua askarnya dan membunuh lapan yang lain pada 12 Julai lalu.

Putera Saud berkata, Israel tidak mempunyai "hak menyerang mana-mana negara... keselamatannya tidak terjamin dengan mengancam keselamatan negara lain."

"Jika Israel mahu hidup lebih lama di rantau ini, ia perlu hidup dengan cara yang lebih bertamadun," ujarnya.

Ketika peringkat awal pencerobohan Israel, Arab Saudi telah membidas tindakan Hizbullah mencetuskan krisis yang disifatkan sebagai perbuatan "tidak bertanggungjawab" tetapi pendirian negara itu telah mencetuskan kritikan tajam di kalangan dunia Arab.

Arab Saudi dan dua sekutu Amerika Syarikat iaitu Mesir dan Jordan kini menunjukkan minat mengadakan proses damai baru Arab-Israel bagi membendung kegiatan militan di rantau Arab.

Rancangan tersebut dijangka dikemukakan bulan depan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun Duta Israel meragui inisiatif tersebut dalam memenuhi keselamatan rejim Tel Aviv.

Setakat ini negara-negara Arab masih gagal mencapai persetujuan untuk mengadakan sidang kemuncak bagi membincangkan inisiatif damai dan usaha pembinaan Lebanon.

Putera Saud juga meminta Liga Arab memberikan bantuan politik dan kewangan bagi "mengekalkan perpaduan kebangsaan, keselamatan, kestabilan dan kedaulatan" Lebanon.
posted by jasindaily online @ 8:14 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com