Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
'PERANG KEBULURAN' - ISRAEL DIKECAM ATUR STRATEGI PAKSA LEBANON TUNDUK TUNTUTAN
Sabtu, Ogos 05, 2006
BEIRUT 4 Ogos - Israel melancarkan "perang kebuluran" ke atas rakyat Lebanon dalam usaha memaksa kerajaan negara itu bersetuju dengan tuntutan-tuntutan rejim Yahudi, kata Presidennya, Emile Lahoud.

Kenyataan beliau dikeluarkan selepas gelombang serangan udara Israel memusnahkan tiga jambatan di lebuh raya ke utara Beirut hari ini sehingga memaksa agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membatalkan konvoi bantuan untuk 900,000 penduduk yang hilang tempat tinggal akibat konflik itu.

"Tindakan pengeboman musuh Israel ke atas jambatan-jambatan dan jalan-jalan raya bertujuan memperhebatkan tekanan ke atas rakyat Lebanon, memutuskan kemudahan telekomunikasi dan menjadikan mereka kelaparan," kata beliau.

"Ia merupakan perang kebuluran dilancarkan oleh Israel ke atas Lebanon," kata beliau lagi.

Pengeboman jambatan-jambatan di kawasan utama Kristian ke utara Beirut menyebabkan lebuh raya tepi pantai utama ke Syria terputus dan sekurang-kurangnya lima orang termasuk seorang askar Lebanon terbunuh dan 12 lagi cedera.

"Perkembangan ini betul-betul memberikan tamparan hebat kerana kami menggunakan lebuh raya tersebut untuk membawa masuk kakitangan dan bekalan ke negara ini," kata pegawai agensi pelarian PBB, UNHCR, Astrid van Genderen.

"Operasi kami akan lumpuh jika kami tidak menerima bekalan baru," katanya.

Serangan udara Israel telah pun memusnahkan lebuh raya utama Beirut-Damsyik sekalipun jalan-jalan di kawasan pergunungan masih memberikan laluan alternatif yang berbahaya.

Tanpa tindakan daripada PBB untuk menamatkan perang yang sudah memasuki hari ke-24 itu, tentera Israel bersiap sedia untuk mara sejauh ke Sungai Litani, kira-kira 20 kilometer ke utara sempadan.

Pertempuran sengit berlarutan di selatan Lebanon hari ini.

Televisyen Al Arabiya melaporkan, lima askar Israel terbunuh di sekitar kampung sempadan Markaba.

"Bunyi letupan berterusan, pesawat perang tidak meninggalkan ruang udara. Pertempuran hari ini antara yang paling sengit," kata satu sumber keselamatan Lebanon.
posted by jasindaily online @ 7:22 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com