Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
PEJUANG HIZBULLAH DISERAP DALAM TENTERA LEBANON??
Sabtu, Ogos 19, 2006
BEIRUT 18 Ogos - Ahli Parlimen Hizbullah, Hussein Hajj Hassan menyifatkan senjata Hizbullah sebagai sebahagian daripada strategi pertahanan Lebanon yang belum dibincangkan.

Hussein dalam wawancara dengan akhbar The Daily Star semalam menyatakan, beberapa cadangan telah dikemukakan berhubung strategi pertahanan negara dan isu senjata pergerakan itu, termasuk soal menyerapkan pejuang Hizbullah ke dalam Tentera Lebanon.

Semasa tentera Lebanon mula mengambil alih kedudukan di beberapa pekan di selatan negara ini awal semalam, desakan masyarakat antarabangsa supaya Hizbullah melucutkan senjata menjadi semakin lantang.

Menteri Luar Perancis, Philippe Douste-Blazy berkata, Hizbullah tidak seharusnya menyimpan senjata di kawasan ke sebelah selatan Sungai Litani.

Hussein membantah kenyataan menteri Perancis itu.

"Ini urusan dalaman yang patut dibincangkan sesama rakyat Lebanon," tegas beliau.

"Sama ada ke selatan atau ke utara Sungai Litani, itu pendapat beliau (Douste-Blazy) sendiri. Bagi kami, yang penting ialah keputusan yang diambil oleh kerajaan Lebanon. Banyak tekanan antarabangsa dikenakan terhadap Lebanon untuk melaksanakan saranan itu, malah perang dilancarkan terhadap Lebanon untuk tujuan melucutkan senjata Hizbullah."
posted by jasindaily online @ 7:57 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com