Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
PBB TERUS DESAK ISRAEL - REJIM ZIONIS DIGESA TARIK BALIK SEKATAN LAUT, UDARA DI LEBANON
Khamis, Ogos 31, 2006
BAITULMAQDIS 30 Ogos - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan mengulangi tuntutannya supaya Israel menarik balik sekatan laut dan udara terhadap Lebanon.

Beliau membuat desakan tersebut pada sidang media bersama dengan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert hari ini tetapi gagal mendapat komitmen daripada rejim Yahudi itu.

Olmert mengelak daripada membincangkan isu itu dan hanya berkata, beliau mahu melihat perjanjian gencatan senjata PBB yang menamatkan pertempuran 34 hari antara Israel dengan Hizbullah dilaksanakan sepenuhnya.

Israel menyatakan yang pihaknya tidak akan menarik balik sekatan kecuali pasukan pengaman antarabangsa bersama-sama tentera Lebanon ditempatkan di sempadan Lebanon-Syria bagi mencegah kemasukan senjata dari Syria kepada pejuang Hizbullah.

Beirut menyatakan kesediaannya menempatkan askarnya di Lebanon tetapi tidak akan membenarkan penempatan tentera antarabangsa.

Annan menyokong pendekatan Beirut itu.

Pada sidang media hari ini, Annan menegaskan penarikan balik sekatan itu perlu bagi membantu pemulihan ekonomi Lebanon berikutan perang dan bagi menguatkan kerajaan Lebanon.

Jelas beliau, kerajaan Lebanon telah memberi jaminan kepadanya untuk mengambil tindakan bagi menyekat kemasukan senjata.

Annan juga menyatakan keyakinan beliau bahawa isu keselamatan yang ditimbulkan oleh Israel boleh ditangani.

"Dalam pada itu saya berpendapat sekatan itu perlu ditarik balik," tegas Annan.

Ketua PBB itu juga berkata, beliau sedang berusaha untuk membesarkan pasukan pengaman PBB di selatan Lebanon dengan secepat mungkin.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Lebanon, Fuad Siniora melahirkan keyakinan, sekatan ke atas kawasan udara dan air negaranya akan ditarik balik dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Beliau percaya, Annan yang melawat Lebanon beberapa hari lalu ikhlas dalam usaha beliau untuk mendesak Israel menarik balik sekatan itu.
posted by jasindaily online @ 7:23 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com