Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
LTTE BUNUH 100 PELARIAN ISLAM
Ahad, Ogos 06, 2006
COLOMBO 5 Ogos - Kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) didakwa telah membunuh kira-kira 100 pelarian di timur laut Sri Lanka, sekali gus menyebabkan jumlah kematian dalam pertempuran 11 hari lalu mencecah 426 orang.

Kenyataan Kementerian Pertahanan berkata, mereka ditembak mati ketika cuba melarikan diri dalam pertempuran di bandar Muttur, malam semalam.

"Ketika mangsa-mangsa tersebut sedang mencari tempat perlindungan yang selamat, pemberontak Harimau menghalang mereka di kawasan Pachchanoor dan membunuh lebih 100 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan remaja," menurut kementerian.

Kira-kira 15,000 penduduk Islam yang melarikan diri dalam pertempuran antara tentera kerajaan dengan LTTE ditempatkan di kem-kem perlindungan sementara.
"Kami mempunyai senarai 14,380 orang yang telah pun dipindahkan," kata Pegawai Pentadbiran, H.K. Karunawathi di sini hari ini.

Katanya, masih ramai lagi pelarian yang belum didaftarkan iaitu terdiri daripada kaum keluarga penduduk Sinhalese, Islam dan Tamil.

Empat sekolah di Kantalai telah disediakan kemudahan untuk penduduk awam yang majoritinya beragama Islam di bandar tepi pantai, Muttur.
posted by jasindaily online @ 7:33 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com