TEHERAN 2 Ogos - Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei hari ini memuji tindakan Hizbullah dan berikrar akan bersama Lebanon untuk menentang rejim Israel. "Iran akan terus menyokong kesemua negara yang ditindas terutamanya rakyat Lebanon dan pejuang dari negara Palestin," katanya dalam ucapan yang disiarkan oleh televisyen Iran.
Pada masa yang sama, beliau mengutuk 'pencerobohan' dan 'kelakuan jahat' Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Lebanon.
Katanya, serangan itu akan membangkitkan semula semangat penentangan dalam dunia Islam yang lebih hebat dari sebelumnya, sekali gus mempamerkan nilai jihad.
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dalam satu ucapannya pernah menyebut tentang 'memadamkan Israel dari peta dunia' dan Hizbullah didakwa mendapat banyak sokongan dari Iran.
|