Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
ISRAEL-HIZBULLAH BERTEMPUR LAGI
Ahad, Ogos 20, 2006
BAITULMAQDIS 19 Ogos - Seorang pegawai tentera Israel terbunuh, manakala dua yang lain cedera apabila pejuang Hizbullah bertempur dengan tentera khas Israel di Lebanon, hari ini.

Kematian anggota pasukan khas Israel itu merupakan yang pertama sejak gencatan senjata dilaksanakan lima hari lalu.

Pihak tentera Israel menegaskan, pihaknya memasuki Lebanon bagi mencegah penyeludupan senjata dari Iran dan Syria kepada Hizbullah.

Jelas mereka, serangan tersebut berjaya dilaksanakan dan operasi itu akan diteruskan sehingga tentera antarabangsa berjaya mewujudkan sistem pengawasan efektif bagi menghalang penyeludupan senjata tersebut.

Salah seorang askar mengalami kecederaan serius sementara seorang lagi hanya mengalami cedera ringan.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Mark Regev berkata, berdasarkan perdamaian sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Hizbullah dilarang memperoleh bekalan senjata dan Israel berhak bertindak dalam mempertahankan sekatan itu.

Pejuang Hizbullah sebelum itu mendakwa pihaknya berjaya menggagalkan serangan komando Israel awal pagi ini yang disasarkan pada kubu kuat di Baalbek, timur Lebanon.

Pegawai keselamatan Lebanon mengesahkan laporan televisyen Hizbullah mengenai penghantaran tentera Israel yang menaiki helikopter di sebuah bukit di luar kampung Boudai, barat Baalbek.

Pegawai Hizbullah yang berada di tempat kejadian berkata, beberapa pesawat pejuang Israel dilihat menuju ke kaki bukit kawasan pergunungan di tengah Lebanon bagi menurunkan pasukan komando dan dua lagi kenderaan digunakan bagi mengangkut pasukan itu ke kampung Boudai.

Ketika ditahan pejuang Hizbullah dalam perjalanan ke kampung itu, pasukan komando Israel mendakwa mereka ialah tentera Israel, namun pejuang Hizbullah sangsi dengan pengakuan itu lalu kejadian tembak-menembak mula tercetus.
Helikopter Israel melepaskan misil sejurus selepas menurunkan pasukan komando dan ia terbang keluar dari kawasan itu selepas beberapa jam kemudian.
posted by jasindaily online @ 8:38 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com