Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
ISRAEL DIDESAK SEGERA BERUNDUR - NEGARA-NEGARA ARAB BERI TEKANAN KEPADA PBB
Rabu, Ogos 09, 2006
BEIRUT 8 Ogos - Negara-negara Arab hari ini memberi tekanan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan menuntut pengunduran segera tentera Israel dari selatan Lebanon.

Tuntutan tersebut bertujuan mendesak pengunduran askar Yahudi dari selatan Lebanon dan penempatan tentera kerajaan Beirut mengikut sebarang resolusi yang bertujuan menamatkan keganasan Israel.

Bagaimanapun Tel Aviv telah berikrar meluaskan ofensif ketenteraannya jika penyelesaian diplomatik gagal.

Kini dipercayai lebih 10,000 tentera Yahudi menceroboh selatan Lebanon dalam usaha memburu para pejuang Hizbullah bagi menghalang serangan roket yang berterusan ke utara Israel.

Walaupun terpaksa berdepan dengan serangan bertubi-tubi tentera Israel, para pejuang Hizbullah memberikan tentangan sengit.

Tentera Israel memberitahu, seorang askarnya maut dan lima lagi cedera apabila para pejuang Hizbullah melepaskan tembakan peluru berpandu antikereta kebal berhampiran bandar Bint Jbeil.

Setakat ini, lebih 98 orang tentara Israel maut dalam operasi daratnya di selatan Lebanon.
Sementara itu, serangan udara tentera rejim tersebut semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 50 penduduk awam Lebanon terkorban, termasuk 18 orang yang maut dalam serangan udara di pinggir selatan Beirut.

Di sebalik kebimbangan global terhadap angka kematian awam serta usaha diplomatik oleh Majlis Keselamatan PBB, gencatan senjata dan keamanan berpanjangan dilihat semakin sukar.
Perancis dan AS yang membuat draf resolusi terpaksa membuat pindaan selepas mendapat tentangan negara-negara Arab.

Tidak ada pengundian dilakukan oleh Majlis Keselamatan dalam jangka masa pendek kerana para diplomat dijangka membuat perubahan kepada resolusi asal serta mendengar pembentangan oleh Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa dan Menteri-Menteri Luar Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mesyuarat para Menteri Luar Arab di Beirut semalam telah menyokong gesaan Lebanon yang mahukan pengunduran segera tentera Yahudi.

Sementara itu, di PBB, Setiausaha Agung badan dunia itu, Kofi Annan menyifatkan, serangan maut tentera Yahudi ke atas Qana sebagai "salah satu bentuk pencabulan undang-undang antarabangsa."

Beliau dalam laporan awal siasatan terhadap tindakan kejam Israel yang mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang awam turut membuat rayuan baru kepada rejim Tel Aviv dan Hizbullah supaya "menghormati tanggungjawab di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa."
posted by jasindaily online @ 6:08 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com