Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
ISRAEL AKUI KELEMAHAN OPERASI SERANG LEBANON
Jumaat, Ogos 25, 2006
BAITULMAQDIS 24 Ogos - Ketua tentera Israel dalam sepucuk surat kepada askarnya mengaku buat kali pertama bahawa terdapat kelemahan dalam operasi tentera semasa perang dengan Hizbullah di Lebanon baru- baru ini.

Kritikan terhadap taktik dan tahap persiapan tentera semakin lantang selepas pertempuran lebih sebulan itu berakhir tanpa kemenangan mutlak untuk Israel.

Persoalan mengenai kewajaran melancarkan serangan pada saat-saat akhir sebelum gencatan senjata serta laporan mengenai kekurangan makanan dan air telah meningkatkan desakan supaya siasatan rasmi diadakan mengenai pengendalian perang dan para pemimpin Israel meletakkan jawatan.

Dalam surat kepada askar Israel, ketua tentera, Leftenan Jeneral Dan Halutz menulis: "Di samping kejayaan yang dicapai, pertempuran itu mendedahkan kelemahan dalam pelbagai aspek termasuk lojistik, operasi dan pemerintahan. Kita komited untuk menjalankan siasatan lengkap dan terperinci dengan jujur dan segera tentang segala kelemahan dan kejayaan."

"Soalan akan dijawab secara profesional dan semua orang akan disiasat, termasuk saya sehinggalah kepada askar terakhir," menurut surat yang disiarkan oleh tentera hari ini.

Perdana Menteri, Ehud Olmert dijangka memutuskan dalam beberapa hari lagi tentang jenis siasatan yang akan dijalankan mengenai operasi perang itu.

Siasatan paling menyeluruh akan melibatkan penubuhan sebuah suruhanjaya negara yang mempunyai kuasa untuk memecat kerajaan dan pegawai tentera.
posted by jasindaily online @ 11:32 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com