NABLUS, Tebing Barat 29 Ogos - Dua pemimpin Briged Jihad Al Aqsa terkorban dalam pertempuran dengan tentera rejim Yahudi di kem pelarian Balata hari ini. Para pegawai keselamatan Palestin berkata, Ibrahim Abu Munis dan Hani Hashshash, kedua- duanya berumur 25 tahun, terkorban selepas berbalas-balas tembakan dengan askar Yahudi yang mengepung sebuah rumah yang menjadi persembunyian mereka. Tiga orang turut cedera dalam pertempuran itu, termasuk seorang anggota Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Sementara itu, di Semenanjung Gaza, tentera udara rejim Tel Aviv melepaskan dua peluru berpandu ke atas kumpulan pejuang Palestin di Bandar Gaza dan mencederakan lima orang, dua daripadanya parah.
|