Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
DRAF PROSES DAMAI BUNTU - AS, PERANCIS BERBEZA PENDAPAT, PBB TANGGUH UNDIAN
Khamis, Ogos 10, 2006
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU 9 Ogos - Amerika Syarikat (AS) dan Perancis terus berdepan dengan kebuntuan bagi mencari penyelesaian diplomatik berhubung pencerobohan tentera Israel ke atas Lebanon.

Kedua-dua negara penaja proses damai telah berselisih pendapat hari ini berhubung maklum balas terhadap tuntutan Lebanon dan negara-negara Arab mengenai pindaan ke atas draf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengadakan gencatan senjata antara Israel dan pejuang Hizbullah serta pengunduran askar Yahudi.

Sementara itu di selatan Lebanon, tentera rejim Yahudi tidak menunjukkan sebarang tanda meredakan kekejamannya terhadap penduduk awam dan harta-benda apabila terus melancarkan serangan udara dan darat bertubi-tubi.

Tentera Yahudi menyatakan, tentera udaranya melancarkan lebih 100 serangan udara di sekitar Beirut dan selatan Lebanon yang didakwa disasarkan ke atas "bangunan-bangunan Hizbullah" dan tapak-tapak pelancaran roket.

Dalam satu serangan menurut polis, seorang ahli politik Syiah yang menganggotai Hizbullah terkorban bersama-sama isteri dan lima anaknya apabila bangunan empat tingkat yang didiaminya ranap dibedil tentera rejim Tel Aviv.

Turut menjadi bedilan Israel ialah kem pelarian Palestin terbesar, Ein el-Hilweh yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan lima yang lain.

Tentera Israel bagaimanapun menafikan serangan itu dengan berkata serangan sebenarnya ditujukan ke sebuah rumah yang digunakan oleh pejuang Hizbullah.

Akhbar-akhbar Lebanon hari ini menyiarkan gambar-gambar mangsa pembunuhan tentera Yahudi yang dikeluarkan daripada bawah runtuhan bangunan yang dimusnahkan semasa serangan lewat Isnin lalu.

Pada masa yang sama, Hizbullah menyatakan, para pejuangnya berjaya membunuh 11 askar Israel dan mencederakan 15 lagi dalam pertempuran di kawasan sempadan, selain memusnahkan tiga kereta kebal dalam pertempuran di Burj-al-Muluk dan Tel al-Nahas.

Stesen televisyen al-Manar yang dimiliki oleh Hizbullah melaporkan,

Selain itu para pejuang juga dilaporkan berjaya membunuh dan mencederakan tentera Israel di kampung Debel.

Perancis telah mencadangkan ayat-ayat baru mengenai gencatan senjata dan pengunduran penuh tentera Yahudi, tetapi AS menolak dengan alasan ketiadaan pasukan tentera antarabangsa yang besar akan mewujudkan kekosongan di selatan Lebanon yang menjadi kubu kuat Hizbullah.

Para diplomat AS dan Perancis berharap draf resolusi itu dapat diselesaikan minggu ini, tetapi perbezaan antara kedua-dua negara akan menyebabkan Majlis Keselamatan menangguh pengundian.

Sementara itu, Duta AS , John Bolton enggan mengulas secara spesifik rundingan yang dijalankan, tetapi mengaku perbezaan pendapat memang wujud.
posted by jasindaily online @ 6:30 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com