Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
ASIA BARAT SASARAN BULI AMERIKA
Selasa, Ogos 08, 2006
LONDON - Ribuan batu jauh dari konflik Israel-Lebanon, Yahudi London dan Arab menyetujui sekurang-kurangnya satu perkara: Asia Barat sedang dibuli oleh mainan kuasa Amerika Syarikat (AS).

"Amerika sedang mewujudkan ribuan Hizbullah yang baru atau anggota kumpulan militan Syiah yang bangkit menentang kuasa tentera Israel sejak 12 Julai," kata Youssef Srour yang duduk di luar kafe, Cafe du Liban.

Di bahagian lain di Edgware Road, kawasan santai bagi orang Arab di tengah London, sekumpulan pemuda, beberapa orang daripada mereka memakai baju kuning Hizbullah, melaung-laung slogan ketika dalam perjalanan balik selepas menyertai demonstrasi “Hentikan Peperangan”.

"Wahai Nasrallah.....musnahkan Tel Aviv," kata para pemuda itu sambil tersenyum - yang dibelenggu dengan sikap ingin membalas dendam - seperti yang digesa oleh pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah.

Di bandar lain di Golders Green, utara London yang mempunyai ramai penduduk Yahudi, ahli terapi kesihatan semula jadi, Linda Lavine berkata, dia berasa jelek dengan kehilangan ratusan nyawa penduduk awam di Lebanon dan Israel.

"Presiden AS, George W. Bush mahu terbabit di Iran. AS sedang menarik tali, menggunakan Israel untuk kepentingannya sendiri. Semua ini mengenai kuasa dan kawalan," katanya.

Melvyn Smallman, ahli perniagaan berusia 50 tahun yang sering melawat Israel berkata, dia secara peribadi tidak membenci Israel dan menekankan tindakan Israel mempunyai justifikasi.

"Mereka mungkin keterlaluan, tetapi Israel tidak boleh hanya berdiam diri. Ini adalah masa untuk menangani 13,000 roket Hizbullah," katanya.

Smallman mengadu mengenai pandangan yang diputarbelitkan mengenai Israel, anti-Semistik dan kritikan yang meningkat dalam media.

Ibu Lavine, Helen yang kelihatan anggun dengan sut musim panas berwarna putih turut mencelah.

"Semua orang membenci Yahudi. Mereka berasa cemburu kerana seluruh dunia dikendalikan oleh Yahudi," katanya.

Smallman marah dengan liputan media yang “berat sebelah dan tidak seimbang”, menyiarkan rasa tidak puas hati yang sama seperti ramai umat Islam di Edgware Road yang tidak setuju Hizbullah dilabelkan sebagai pertubuhan pengganas berbanding pejuang.

Malah dia juga tidak tahu mengenai perarakan aman, Sabtu lalu yang menarik ribuan peserta.
"Apa kebaikan yang saya dapat daripada mendengarnya? Perasaan marah saya akan terbangkit kerana mereka menjaja banyak perkara karut," katanya.

Berbeza pula bagi Rabbi Jacob Weisz, seorang Yahudi ultra Ortodok, yang terperangkap dalam perarakan ketika menuju ke medan Parlimen selepas berjalan kaki selama tujuh jam kerana larangan agama untuk menggunakan pengangkutan yang bermotor pada hari Sabbath.

Mesej

"Mesej kami kepada dunia ialah apa yang dilakukan oleh negara Israel sudah pasti bukan perkara yang dilakukan oleh orang Yahudi," katanya.

Di tengah-tengah shisha atau nargileh, kedai dan aliran kereta baru jenis Bentley, Rollers dan Mercedes yang dibina mengikut cita rasa sendiri di Edgware Road, teori konspirasi turut merebak.

"Sesiapa jua yang membunuh (bekas Perdana Menteri Lebanon, Rafiq) Hariri dan memaksa Syria keluar dari Lebanon, mereka adalah pihak yang merancang peperangan ini. Ia bukan mengenai dua askar Israel yang ditawan," kata pelajar Kuwait, Ahmed.

Ahmed Mahmoud, 47, ahli perniagaan Iraq bersama isteri dan anak perempuannya merasa sedikit sangsi.

"Agenda yang tersembunyi ialah memastikan Asia Barat dalam keadaan lemah dan politik yang berbalah untuk menjadikan Israel sentiasa kuat".

Berbincang mengenai situasi itu sambil menikmati shisha dan teh bersama rakan-rakan ialah Duta Palestin ke London, Manuel Hassassian.

"AS mempunyai kepentingan geostrategik di Asia Barat, mereka mempunyai agenda tersendiri iaitu menggunakan Israel untuk mengenakan hegemoni mereka terhadap Asia Barat dan memisahkan rantau berkenaan," katanya.

"Amerika cuba meletakkan tekanan terhadap Syria dan Iran (dua negara yang menyokong Hizbullah) dengan menayangkan kayu untuk membuatkan mereka tunduk kepada perintah neokonservatif di Washington," kata Manuel.
posted by jasindaily online @ 7:51 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com