Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
3 mati, Turki digegar 5 letupan dalam 24 jam
Selasa, Ogos 29, 2006
ISTANBUL 28 Ogos - Tiga orang terbunuh dan lebih 40 yang lain cedera dalam lima kejadian letupan berasingan, dalam tempoh 24 jam di Turki sejak lewat semalam.

Empat kejadian letupan terjadi antara lewat semalam dan awal pagi ini manakala yang kelima pula lewat petang ini.

Tiga yang maut merupakan mangsa dalam letupan kelima, yang menggegarkan bandar raya resort Antalya dan sekurang-kurangnya 18 orang cedera.

Dalam empat kejadian sebelum itu, 27 orang mengalami kecederaan termasuk 10 warga Britain cedera dalam empat kejadian letupan berasingan di Turki, lapor pegawai Turki dan Britain.

Salah satu daripada kejadian itu berlaku di sebuah resort popular di Mediterranean, Marmaris membabitkan sebuah bas.

Tiga lagi letupan terjadi di sebuah resort di tepi pantai, lebih kurang tengah malam tadi (5 pagi waktu Malaysia) ketika pengunjung resort itu sedang berpesta di jalan-jalan, bar, restoran dan kafe.

Gabenor tempatan, Temel Kocaklar berkata, seramai 10 daripada 21 mangsa di resort itu ialah warga Britain dalam kejadian tersebut disifatkan sebagai serangan pengeboman.

"Kami akan menangkap suspek yang melakukan letupan ini dan mendedahkannya kepada umum," katanya kepada agensi berita Anatolia.

Saluran CNN Turki melaporkan, letupan pertama mengenai sebuah bas mini yang sedang dalam perjalanan di jalan utama.

Letupan itu dipercayai disebabkan oleh sebuah bom yang diletakkan di bawah salah satu kerusi dalam bas berkenaan.

Jurucakap pejabat luar Britain memberitahu AFP, kesemua warga Britain yang cedera telah dimasukkan ke hospital dan empat darinya mengalami kecederaan parah.
posted by jasindaily online @ 7:19 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com