TEHERAN 8 Julai - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad memberi amaran tindakan kekerasan Israel di Genting Gaza akan menyebabkan 'letupan' dalam dunia Islam. Dalam ucapan semasa perhimpunan pro-Palestin semalam, beliau memberi amaran, pencerobohan Israel akan mencetuskan kemarahan di lebih 50 negara Islam.
"Mereka tidak sepatutnya membiarkan perkara ini mencapai peringkat berlakunya "letupan" di kalangan negara Islam," katanya.
"Jika letupan berlaku, ia tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi. Ia akan membakar sama pihak yang bertanggungjawab mewujudkan (Israel) sejak 60 tahun dulu," katanya yang merujuk Amerika Syarikat dan sekutu Barat.
|