Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
TSUNAMI KEDUA PILUKAN RAKYAT INDONESIA
Rabu, Julai 19, 2006
PANGANDARAN 18 Julai - Ibu bapa kesedihan mencari anak- anak mereka yang hilang hari ini manakala askar menggali runtuhan rumah yang ranap dalam ombak tsunami kedua melanda Indonesia dalam tempoh dua tahun.

Mangsa yang terbunuh ditempatkan di tempat simpanan mayat sementara, dan mayat seorang wanita terbujur di pantai yang popular di kalangan pelancong asing dan tempatan.

"Saya tidak kisah jika harta saya hilang tetapi kembalikanlah anak kami, ya Allah," kata seorang penduduk kampung, Basril ketika dia dan isterinya mencari anak mereka di celah-celah timbunan sampah-sarap di pusat peranginan Pangandaran, pantai selatan Jawa.

Kawasan yang dilanda bencana semalam terlepas daripada tsunami 2004 dan ramai penduduk memberitahu mereka tidak menyedari berlakunya gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter di bawah dasar laut yang mencetuskan ombak setinggi dua meter.

Bagaimanapun sesetengah penduduk yang menyedari bahaya apabila melihat air laut surut bertindak melarikan diri ke tempat tinggi sambil menjerit "tsunami, tsunami".

Setengah jam kemudian ombak hitam menerjah ke pantai, menyebabkan bot, kereta dan motosikal terhempas ke pusat peranginan dan kampung nelayan, kata saksi.

Air laut sampai ke kawasan darat sejauh 300 meter.

Sekurang-kurangnya 340 orang terkorban manakala lebih 160 lagi masih hilang, kata pegawai.

Ketua polis tempatan, Syamsuddin Janieb berkata, mereka menemui banyak mayat termasuk yang terperangkap dalam runtuhan rumah mereka.

Di kawasan Pangandaran sahaja, sekurang-kurangnya 172 orang maut dan 85 lagi hilang.

Rakyat Sweden dan Belanda memerupakan antara yang terbunuh kali ini dan pihak berkuasa Indonesia percaya banyak lagi rakyat asing menjadi mangsa.
Seorang wanita Perancis yang dimasukkan ke hospital berkata, teman lelakinya hilang.

Memastikan nasib 160 yang hilang itu mungkin memakan masa kerana sekurang-kurangnya 23,000 penduduk melarikan diri sama ada disebabkan rumah mereka musnah atau mereka bimbang berlakunya satu lagi tsunami, kata pegawai hari ini.

Dalam pada itu, mangsa yang terselamat menceritakan pengalaman ngeri mereka.
"Kami melihat tembok air hitam yang besar. Saya berlari dengan mendukung anak lelaki saya dan apabila saya menoleh ke belakang, ombak sudah menelan rumah kami," kata Ita Anita yang berada di pantai dengan anaknya yang berusia 11 bulan dan ahli keluarga lain.

"Saya terjatuh ditolak ombak, anak saya terlepas daripada tangan saya lalu diseret oleh air," katanya.

Seorang penjaja makanan, Pedi Mulyadi, 43, berkata, dia berada di pantai menunggu pelanggan apabila ombak melanda dan membunuh isterinya, Ratini, 33.

Pasangan itu berpaut pada satu sama lain ketika ditelan ombak dan dihanyutkan 30 meter ke darat.

"Kemudian kami dilanggar sebatang kayu dan apabila air surut, saya dapati isteri saya sudah meninggal dunia. Ya Allah, dia pergi dalam sekelip mata," tangis Pedi.
posted by jasindaily online @ 8:46 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com