Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
TENTERA ISRAEL CEROBOH SEMULA GENTING GAZA
Isnin, Julai 17, 2006
BANDAR GAZA 16 Julai - Tentera, kereta-kereta kebal dan helikopter penggempur Israel kembali menceroboh Genting Gaza hari ini dan berbalas-balas tembakan dengan para pejuang Palestin, menandakan satu lagi operasi berskala besar oleh negara Yahudi itu selepas seorang askarnya ditawan penghujung bulan lalu.

Tentera Israel telah memasuki semula bandar Beit Hanoun di utara Gaza pada awal hari ini ketika helikopternya melepaskan tembakan mesingan.

Beit Hanoun terletak bersebelahan bandar Sderot di Israel yang sering menjadi sasaran serangan roket pejuang Palestin.

Di sebalik pencerobohan Israel itu, para pejuang berjaya melancarkan dua serangan roket ke atas Sderot walaupun tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan.

Dalam serangan awal hari ini di Beit Hanoun, tiga orang pejuang Palestin terkorban, sementara 11 penduduk awam cedera.

Helikopter Israel turut melepaskan bedilan roket ke atas jalan raya bagi menghalang ambulans memberikan bantuan kepada mangsa serangannya.

Tentera Israel mendakwa, serangan ditujukan ke atas para pejuang dan pejabat Hamas di utara Gaza.

Para pejuang Palestin memberitahu, mereka telah berbalas tembakan dengan tentera Israel dan berjaya meletupkan periuk api yang memusnahkan jentolak tentera Israel bagi membina tembok berhampiran kawasan kediaman di Beit Hanoun.

Menurut Hamas, pihaknya turut berjaya meletupkan bom yang disasarkan ke atas jentolak dan kereta-kereta kebal Israel.

Israel memulakan pencerobohan ke atas Gaza bermula 28 Jun lalu, tiga hari selepas kumpulan pejuang Palestin menawan seorang dan membunuh askar Yahudi.
posted by jasindaily online @ 8:45 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com