| DEMI MASA |
| |
| SERANGAN ISRAEL : 13 TERBUNUH |
| Jumaat, Julai 07, 2006 |
BEIT LAHIYA 6 Julai - Seramai 13 orang warga Palestin terbunuh, sementara 55 yang lain cedera dalam serangan bedilan terbaru di utara Genting Gaza, di sini hari ini.
Terdahulu, dua anggota sayap bersenjata Hamas dilaporkan terbunuh.
Tentera Israel hari ini mengambil alih sebuah kawasan di utara Genting Gaza yang dahulunya pernah menempatkan tiga kawasan penempatan Yahudi.
Langkah itu untuk mewujudkan zon keselamatan sementara bagi menghalang pejuang Palestin melancarkan roket ke pekan dan bandar di Israel.
Operasi tentera Yahudi itu adalah yang terbesar di Gaza sejak pengunduran Israel dari wilayah Palestin tersebut setahun lalu.
Operasi yang dilancarkan minggu lepas berikutan serangan ke atas sebuah pos tentera dan penculikan seorang askar Israel diperluaskan malam tadi selepas pejuang Hamas melancarkan dua roket buatan sendiri ke Ashkelon.
Kereta kebal dan askar akan mengelak daripada memasuki kawasan yang padat dengan penduduk seperti Beit Lahiya dan Beit Hanoun serta mencederakan penduduk awam tidak berdosa, kata Menteri Kabinet Isreal, Binyamin Ben-Eliezer.
Bagaimanapun mereka akan memastikan roket pejuang Palestin tidak akan mengenai Ashkelon atau pekan berhampiran, Sderot yang telah menjadi sasaran selama empat tahun, tambah beliau.
Tiada kemalangan jiwa akibat serangan roket ke atas Ashkelon tetap kejadian itu membangkitkan kemarahan Perdana Menteri Ehud Olmert yang memberi amaran serangan roket itu akan membawa padah yang sangat buruk.
Askar Yahudi juga meneruskan operasi mencari Gilad Shalit, 19, askar yang ditawan dalam serangan ke atas pos tentera minggu lalu.
"Kehadiran mereka di sana bukan bertujuan untuk menduduki semula Gaza kerana kami telah memutuskan untuk berundur dari Gaza," kata Ben-Eliezer kepada Radio Tentera Israel.
Pesawat perang dan pasukan meriam Israel membantu askar infantri dengan membedil pangkalan dan kumpulan pejuang Palestin.
Sebelum itu, juga di utara Palestin, seorang pegawai polis dan seorang anggota sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedi ne Al-Qassam terbunuh dalam serangan tentera Israel.
Aktivis Hamas yang terbabit dalam kejadian itu, Hossam al-Hijazi, 34, dikatakan cuba menanam periuk api berhampi ran berek polis apabila dia terkena serpihan peluru yang dilancarkan oleh pesawat Israel. |
posted by jasindaily online @ 7:14 PG  |
|
|
|
|
| DPPKJASIN |
|

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
| CORETAN YANG LALU |
|
| ARKIB |
|
|
| POWERED BY |
 |
|