Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
PENDUDUK PALESTIN MILIKI SENJATA DIANCAM BUNUH
Jumaat, Julai 21, 2006
BANDAR GAZA 20 Julai - Tentera Israel hari ini mengancam untuk menyerang mana- mana penduduk di Genting Gaza yang didapati menyimpan stok senjata dalam rumah mereka.
Amaran tersebut terkandung dalam risalah-risalah yang digugurkan oleh tentera Israel dari pesawat mereka di Genting Gaza.

Menurut seorang pegawai tentera Israel ketika dihubungi AP, amaran itu merupakan sebahagian daripada dasar terbaru tentera Israel dalam usaha untuk menghapuskan roket buatan sendiri yang disimpan secara sulit.

Pegawai tersebut yang enggan dikenali itu menegaskan, penduduk tempatan di Genting Gaza perlu sedar akan padah yang akan menimpa mereka jika didapati menyimpan senjata di rumah mereka.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu laporan yang dikeluarkan semalam menjelaskan, tentera Israel sudah melancarkan kira-kira 168 serangan udara dan melepaskan lebih daripada 600 bedilan ke atas Gaza.

Laporan badan dunia itu juga menyebut, seramai 100 warga Palestin terkorban dalam kempen ofensif Israel sejak ia dilancarkan lewat bulan lalu. Lebih mengejutkan, 30 daripada 100 warga Palestin yang terbunuh terdiri daripada golongan remaja berusia 18 tahun ke bawah.
posted by jasindaily online @ 7:16 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com