Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
PEJUANG HIZBULLAH MAMPU BERTAHAN - SYEIKH HASSAN
Isnin, Julai 24, 2006
BEIRUT 23 Julai - Pemimpin Hizbullah, Syeikh Hassan Nasrallah mengakui askar Israel boleh mara ke seluruh selatan Lebanon tetapi yakin gerilanya mampu bertahan daripada serangan besar-besaran tentera Yahudi untuk meneruskan perjuangan mereka.

"Saya tidak mahu menaruh harapan tinggi. Saya tidak pernah mendakwa askar Israel tidak boleh menembusi mana-mana tempat di selatan Lebanon," kata Hassan, ulama Syiah yang telah berkali-kali cuba dibunuh oleh tentera Israel, dalam satu wawancara di televisyen kelmarin.

"Kami mempunyai pendirian dan strategi bahawa apabila tentera Israel masuk (ke Lebanon) mereka mesti menanggung korban yang besar. Inilah yang kami janjikan dan inilah yang akan kami capai dengan izin Allah," katanya.

Askar Israel dengan bantuan kereta kebal dan bedilan meriam mara ke selatan Lebanon semalam pada permulaan operasi yang dipercayai serangan darat besar-besaran bagi mengusir Hizbullah dari kawasan sempadan dan memastikan bandar-bandar di Israel berada di luar jangkauan roketnya.

Rejim Yahudi itu mendakwa tujuannya hanya untuk memembebaskan kawasan itu daripada pengaruh Hizbullah dan bukan untuk mendudukinya semula.

Hassan yang mempersiapkan pejuangnya untuk menghadapi serangan darat Israel mengakui kekalahan Hizbullah akan membawa akibat yang besar.

"Kekalahan di Lebanon akan menamatkan perjuangan anti-Israel di rantau ini, perjuangan Palestin dan membolehkan Israel mengenakan syarat-syaratnya bagi perjanjian damai Asia Barat," katanya.

Peluang Hizbullah untuk mencapai kemenangan banyak bergantung kepada keupayaan gerilanya dan kepimpinan Hassan sendiri.

Beliau mengambil alih pucuk pimpinan pergerakan itu pada 1992 selepas pemimpin terdahulu terbunuh dalam serangan udara Israel.

Di atas kertas, peluang Hizbullah untuk bangkit semula berikutan kekalahan di medan pertempuran adalah cerah.
posted by jasindaily online @ 5:00 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com