Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
PBB SOKONG ISRAEL ????
Isnin, Julai 17, 2006
BEIRUT 16 Julai - Konflik di Lebanon bertambah tegang hari ini selepas Presiden Lebanon, Emile Lahoud menuduh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sengaja melengah-lengahkan campur tangan dari pihak luar bagi menghentikan serangan ketenteraan ke atas negara ini.

Tegas Lahoud, tindakan Majlis Keselamatan itu merupakan satu helah bagi memberikan ruang kepada rejim Yahudi untuk memaksa Lebanon menyerah kepada mereka mengikut kehendak rejim tersebut.

"Apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB cukup mendukacitakan. Pada mulanya, Majlis Keselamatan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu Lebanon sebelum bertindak menangguhkannya.

"Dengan menangguhkan mesyuarat tersebut, mereka beranggapan Lebanon akan menyerah, itu tidak benar sama sekali," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat tergempar Kabinet di sini hari ini.

Lahoud, seorang pemimpin sekutu rapat pejuang Hizbullah dan pro-Syria menyifatkan, serangan berdarah Israel ke atas Lebanon itu akan memaksa lebih ramai rakyat Lebanon sanggup mengorbankan diri bagi mempertahankan kedaulatan negaranya.

Jelas beliau, perbuatan keganasan akan menjurus kepada lebih banyak insiden keganasan dan sesungguhnya, cara tersebut bukan langkah terbaik dalam menyelesaikan sesuatu konflik.

Sehubungan itu, Lahoud menegaskan, beliau tidak akan tunduk kepada tekanan rejim Yahudi biarpun negara berkenaan diserang bertalu-talu.

"Rakyat Lebanon tidak akan sesekali menyerah kalah dalam perjuangan ini," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut merayu kepada Majlis Keselamatan PBB untuk menghentikan keganasan yang berlaku di negaranya dan mengatur proses gencatan senjata melibatkan Israel dan Lebanon.

Dengan pelaksanaan gencatan senjata, Lahoud memberi jaminan, pihaknya bersedia untuk ke meja rundingan bagi membincangkan semua masalah berbangkit.
Siri serangan ketenteraan Israel ke atas Lebanon bermula empat hari lalu selepas pejuang Hizbullah melancarkan satu serangan bertujuan untuk membebaskan ramai warga Lebanon yang masih diletakkan dalam tahanan Israel.

Dalam operasi yang dikenali sebagai Operasi Truthful Promise, pejuang Hizbullah berjaya menculik dua askar Israel dan membunuh lapan askar lain.
posted by jasindaily online @ 8:43 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com