KAHERAH 5 Julai - Liga Arab menyalurkan bantuan berjumlah RM185 juta (AS$50 juta) kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi mengurangkan krisis fiskal melalui penyediaan geran kemanusiaan kepada kakitangan kerajaan yang tidak mendapat gaji sejak lebih empat bulan. Hesham Youssef, ketua staf kepada Setiausaha Agung Liga Arab Amr Moussa berkata, wang yang didermakan oleh negara Arab seperti Qatar, Libya dan Syria, telah dihantar Isnin lalu melalui akaun yang dimiliki pejabat Mahmoud selepas ditangguhkan beberapa bulan.
Pemindahan dana tersebut dilakukan tanpa melalui kerajaan Hamas yang berdepan dengan pemulauan oleh Barat.
|