Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
PALESTIN BERMESYUARAT SECARA RAHSIA
Selasa, Julai 04, 2006
BANDAR GAZA 3 Julai - Ancaman dibunuh oleh Israel memaksa Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh dan ramai menteri kanannya bermesyuarat secara rahsia, bermalam di rumah-rumah persembunyian dan berkomunikasi menerusi faks dan e-mel, dan tidak menggunakan telefon mudah alih.

Israel telah memenjarakan lebih satu pertiga daripada Kabinet Ismail.

Ramai yang lain telah menyembunyikan diri, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Naser Al-Shaer yang tidak kelihatan sejak minggu lepas.

"Menteri-menteri memandang serius ancaman Israel," kata seorang pegawai kerajaan Palestin.

Ismail cuba memastikan kerajaannya yang kesempitan wang terus berfungsi dengan memindahkan tanggungjawab menteri-menteri yang ditahan kepada anggota Kabinet yang lain.

"Kebanyakan menteri telah mematikan telefon mudah lain dan tidak lagi datang ke pejabat," kata seorang pegawai.

Agensi perisikan Israel memantau komunikasi telefon mudah alih dan boleh menggunakan isyaratnya untuk menjejaki pergerakan menteri.

Rejim Yahudi itu juga mempunyai rangkaian tali barut yang luas di Genting Gaza.
posted by jasindaily online @ 7:19 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com