Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
NUKLEAR :IRAN AMBIL PENDIRIAN TEGAS
Selasa, Ogos 01, 2006
TEHERAN 31 Julai - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad membayangkan serangan Israel terhadap Palestin dan Lebanon menyebabkan Iran mengambil pendirian lebih keras dalam perbalahan antarabangsa berhubung program nuklearnya.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula hari ini (malam ini waktu Malaysia) meluluskan resolusi menuntut Iran membekukan kegiatan nuklearnya menjelang 31 Ogos ini atau menghadapi sekatan.

Resolusi itu menghendaki Iran "membekukan semua aktiviti pengayaan uranium serta aktiviti pemprosesan semula termasuk penyelidikan dan pembangunan."

Jika Teheran tidak mematuhi tuntutan itu selewat-lewatnya 31 Ogos ini, Majlis Keselamatan akan menimbangkan pengambilan 'langkah-langkah sewajarnya' yang berkaitan sekatan ekonomi, menurut Resolusi 1696.

"Kami sedang menimbangkan pakej itu dengan mengambil kira kepentingan dan hak kami yang sah. Kami akan mengumumkan pendirian pada tarikh yang ditetapkan," kata Mahmoud mengenai pakej yang ditawarkan masyarakat antarabangsa sebagai insentif untuk Teheran menghentikan kegiatan nuklearnya.

"Bagaimanapun insiden-insiden di Lebanon dan Palestin telah mempengaruhi pertimbangan kami," kata Presiden itu.

Iran merupakan penyokong utama pergerakan Hizbullah dan Hamas.

Mahmoud juga menegaskan, kerajaannya bertekad melaksanakan hak-hak negara Iran sepenuhnya, sekali gus membayangkan keengganan untuk membekukan program pengayaan uraniumnya.

"Tenaga nuklear bersih dan boleh diperbaharui dan semua negara berhak untuk menggunakannya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam bersama-sama Presiden Venezuela, Hugo Chavez.

Iran semalam mengancam untuk menolak pakej antarabangsa jika Majlis Keselamatan meluluskan draf resolusi menuntut ia membekukan kegiatan pengayaan uranium selewat-lewatnya 31 Ogos.
posted by jasindaily online @ 8:43 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com