Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
KUASA BESAR 'SERAH' IRAN KEPADA PBB
Jumaat, Julai 14, 2006
PARIS 13 Julai - Enam kuasa dunia bersetuju 'menyerahkan' Iran kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk dikenakan hukuman setimpal kerana negara itu masih tidak memberikan sebarang kata putus berhubung rundingan yang mempersoalkan program nuklearnya.

Amerika Syarikat (AS) dan anggota- anggota tetap badan dunia itu hari ini berkata, Iran telah diberi masa yang lama untuk menentukan sama ada mereka bersedia membuka laluan perjanjian yang akan memberikan negara itu insentif ekonomi dan tenaga jika menghentikan aktiviti yang boleh menimbulkan kesangsian.

"Iran tidak memberikan apa- apa tanda bahawa mereka bersedia berunding mengenai tawaran yang kami usulkan," kata Menteri Luar Perancis, Philippe Douste- Blazy bagi pihak AS, Perancis, Britain, Rusia dan China.

Sambil menyatakan kekecewaan yang amat sangat, Douste-Blazy berkata, kumpulan enam kuasa dunia itu tidak mempunyai pilihan lain selain mengemukakan perkara tersebut kepada Majlis Keselamatan PBB bagi menentukan hukuman atau paksaan yang wajar kepada Iran.

Jelas beliau, oleh kerana hukuman atau paksaan Majlis Keselamatan PBB mungkin mengambil masa yang lama, enam kuasa dunia berkenaan juga akan berusaha mencari penyelesaian awal supaya Iran menggantung aktiviti pengayaan uraniumnya.

Perdebatan mengenai isu tersebut dijadual bermula minggu depan.
posted by jasindaily online @ 5:12 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com