Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
KRISIS KEMANUSIAAN SERISU - SERANGAN ISRAEL LANGGAR UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA
Isnin, Julai 24, 2006
LARNACA, Cyprus 23 Julai - Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jan Egeland berkata, Lebanon sedang menghadapi krisis kemanusiaan paling besar akibat "perang yang sia-sia" dan mengadu mengenai kesukaran untuk penghantaran bantuan.

Beliau juga mendakwa Israel telah melanggar undang-undang kemanusiaan dengan melakukan serangan ke atas Lebanon.

"Serangan itu melanggar undang-undang kemanusiaan. Ia (kemusnahan) sangat besar, lebih teruk daripada dijangkakan," kata beliau selepas melawat daerah Haret Hreik di Beirut hari ini.

Terdahulu Egeland yang berada di Cyprus dalam perjalanan ke Lebanon untuk melancarkan rayuan bantuan kecemasan, mengkritik tindak balas Israel terhadap serangan Hizbullah dan tindakan kumpulan militan itu melancarkan serangan roket ke atas negara Yahudi itu.

Beliau menyifatkan tindakan Israel mengebom sebuah kawasan kediaman sesak di Beirut yang menempatkan ibu pejabat Hizbullah sebagai satu pencabulan undang-undang kemanusiaan.

"Semuanya perlu dihentikan. Ia bukan bencana semula jadi tetapi krisis buatan manusia. Ia adalah perang yang sia-sia. Ia tidak sepatutnya dimulakan. Ia tidak sepatutnya dilaksanakan seperti sekarang.

"Kami tidak boleh membawa masuk bantuan ke negara itu dalam apa jua kuantiti atau mengedarkannya ke tempat-tempat yang tertentu. Ia sudah menjadi krisis yang besar dengan lebih setengah juta orang terjejas secara langsung," katanya.

Kata beliau, angka itu akan bertambah dengan dramatik memandangkan penduduk di selatan Lebanon telah diminta untuk meninggalkan tempat mereka oleh tentera Israel.

Katanya, PBB akan memberi tumpuan untuk menubuhkan koridor kemanusiaan dalam tempoh beberapa hari lagi dan mahu menggunakan laluan perkapalan Cyprus-Beirut untuk membawa bantuan.

Tetapi beliau juga mahu menghantar bantuan melalui jalan raya dan udara dengan menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut yang telah ditutup sejak serangan tentera Israel.

Egeland yang diterbangkan ke Beirut awal hari ini menggunakan helikopter tentera British berkata, beliau akan melancarkan rayuan antarabangsa esok dengan 'mendesak dan mengemis' bagi mendapatkan RM370 juta (AS$100 juta).

"Kami sangat bimbang mengenai penduduk awam di selatan yang terperangkap dalam pertempuran. Mereka tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan serangan roket Hizbullah," ujarnya.

Egeland yang bercadang melawat Israel, Selasa ini dan juga Genting Gaza menyatakan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan di Gaza akibat tindakan ketenteraan Israel.
posted by jasindaily online @ 4:54 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com