Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
KOFI ANNAN BIDAS ISRAEL, BIMBANG KEADAAN DI PALESTIN
Isnin, Julai 10, 2006
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) 9 Julai - Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan menyalahkan Israel terhadap masalah kemanusiaan yang semakin meruncing di Genting Gaza dan menuntut negara Yahudi itu supaya segera menghantar bantuan dan pekerja-pekerja pemulihannya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya semalam, Annan melahirkan "kebimbangannya terhadap keadaan yang berbahaya di wilayah Palestin yang diduduki itu."

"Israel mestilah memberi laluan kepada penyaluran makanan dan bekalan-bekalan penting yang lain melalui pusat menyeberang sempadan Karni. Sekatan ke atas pergerakan dan laluan masuk untuk agensi-agensi PBB mestilah ditarik balik," menurut kenyataan itu
.

Israel telah melancarkan serangan udara ke atas infrastruktur Gaza yang merosakkan satu-satunya janakuasa Palestin hingga menyebabkan operasi hospital, kilang tepung dan sistem kebersihannya terjejas.

Annan juga menggesa rejim Yahudi itu supaya memperbaiki janakuasa Palestin yang rosak itu.

Kumpulan-kumpulan kemanusiaan PBB memberi amaran bahawa Gaza berada di ambang kehancuran kecuali jika "tindakan segera diambil" untuk menghentikan serangan Israel di wilayah terbabit.

Dalam satu kenyataan berasingan, enam buah agensi kemanusiaan PBB yang beroperasi di wilayah Palestin melahirkan "rasa cemas dengan perkembangan di sana, dengan nyawa para penduduk yang tidak berdosa, termasuk kanak-kanak terbunuh."
posted by jasindaily online @ 7:19 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com