Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
ISRAEL TERUS MENGGANAS
Isnin, Julai 10, 2006
BANDAR GAZA 9 Julai - Israel meneruskan keganasannya dengan melancarkan serangan udara bertalu-talu terhadap kedudukan pejuang Palestin di seluruh Genting Gaza dari malam tadi hingga ke hari ini selepas menolak tawaran gencatan senjata daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Tiga anggota sebuah keluarga Palestin termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun terkorban dalam serangan udara di kawasan kediaman Sejayun malam tadi, dekat Bandar Gaza.

Budak perempuan itu, abang serta ibunya terbunuh dalam serangan udara yang menurut seorang jurucakap tentera Israel disasarkan terhadap sekumpulan pejuang Palestin ke timur Bandar Gaza.

Tentera Israel pada mulanya menafikan serangan itu tetapi kemudian mengesahkan satu serangan udara dilancarkan di Sejayun.

Israel mengancam untuk meluaskan serangannya kecuali pejuang Palestin membebaskan Koperal Gilad Shalit, seorang askar Israel yang diculik dalam serangan ke atas pos tentera Israel pada 25 Jun lalu, dan menghentikan serangan roket terhadap bandar-bandar di Israel.

Pasukan perubatan dan polis Palestin berkata, sekurang-kurangnya tiga pejuang cedera dalam serangan awal pagi dekat pintu sempadan komersial di Karni.

Pesawat perang Israel juga mengebom sebuah jambatan penting di utara Gaza tanpa mempedulikan rayuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya dihentikan serangan terhadap infrastruktur di wilayah tersebut.

Tentera rejim Yahudi berkata, tujuan serangan itu untuk menghalang pejuang mengangkut roket ke tapak pelancaran.

Di selatan Gaza, Israel mengebom sebuah kem latihan pejuang Palestin yang didakwa digunakan untuk merancangkan serangan.

Kira-kira 50 rakyat Palestin dan seorang askar Israel terbunuh setakat ini dalam operasi tentera rejim itu yang dilancarkan pada 28 Jun lalu untuk meningkatkan tekanan ke atas kerajaan Palestin pimpinan Hamas.

"Saya tidak nampak sebab untuk menghentikan operasi ini selagi mereka masih menahan askar kita," kata Ketua Komander Tentera Isreal, Yoav Galant

Katanya, operasi tentera Israel yang telah dikecam oleh Kesatuan Eropah (EU) dan PBB itu tidak ada batas waktu tertentu dan ia akan diteruskan selama sebulan, dua bulan atau lebih lama jika perlu.
posted by jasindaily online @ 7:12 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com