Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
ISRAEL PERLUAS SERANGAN
Ahad, Julai 09, 2006
BANDAR GAZA 8 Julai - Israel memperluaskan tindakan ketenteraan di Genting Gaza hari ini dengan menghantar berpuluh-puluh kereta kebal ke kawasan Palestin yang padat penduduk dan berbalas-palas tembakan dengan kumpulan pejuang dalam usaha membebaskan seorang askar dan menghalang serangan roket.

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh pula menggesa pejuang Palestin dan Israel menghentikan operasi serangan yang masuk hari ke-11 dan mengorbankan hampir 50 orang.

Kenyataan Pejabat Ismail menyebut: "Dalam usaha untuk keluar dari krisis semasa, semua pihak perlu bertenang dan menghentikan serangan."

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menolak tawaran gencatan senjata yang ditawarkan oleh Ismail.

Seramai 35 orang, kebanyakannya pejuang, terkorban sepanjang pertempuran tiga hari sejak kelmarin, selain membabitkan beberapa penduduk awam manakala empat lagi rakyat Palestin terbunuh hari ini.

Pada masa yang sama para pegawai Israel dan Palestin menghantar isyarat bertentangan berhubung pembebasan Koperal Gilad Shalit, 19, yang ditawan oleh pejuang Hamas minggu lalu.
Seorang anggota Kabinet Israel dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mencadangkan Israel membuka dua fasa pertukaran bagi membebaskan askar terbabit dan menghalang serangan roket dan Israel kemudiannya membebaskan tahanan Palestin atas semangat muhibbah.

Pagi ini, berpuluh-puluh kereta kebal menuju Bandar Gaza dan mengambil kedudukan 500 meter dari kawasan kejiranan Shajaiyeh dan Zeitun
posted by jasindaily online @ 7:22 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com