Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
ISRAEL GUNA BOM PENABUR - HRW
Rabu, Julai 26, 2006
BAITULMAQDIS 25 Julai - Human Rights Watch (HRW) menuduh Israel menggunakan bom tangan jenis penabur yang dilepaskan dengan tembakan meriam di kawasan penduduk awam di Lebanon.

Bom penabur ialah bom yang menaburkan puluhan bahan letupan lebih kecil apabila meletup.

Penyelidik pertubuhan hak asasi manusia itu berkata, bom penabur digunakan dalam serangan terhadap kampung Blida di selatan Lebanon pada 19 Julai lalu, menyebabkan seorang terkorban dan sekurang-kurangnya 12 orang awam cedera termasuk tujuh kanak-kanak.

HRW mendakwa, penyelidiknya mengambil gambar bom penabur yang dibawa oleh pasukan meriam Israel di sempadan Israel-Lebanon.

"Senjata jenis penabur tidak tepat dan tidak berkesan apabila digunakan di sekitar penduduk awam," kata Pengarah Eksekutif HRW, Kenneth Roth dalam satu kenyataannya semalam.

"Senjata itu sama sekali tidak boleh digunakan di kawasan penduduk awam."

HRW memetik saksi sebagai berkata, tentera Israel melepaskan tembakan bom penabur di Blida pada petang 19 Julai lalu.

Saksi menggambarkan bagaimana tembakan itu menyebabkan ratusan bom-bom kecil bertaburan di seluruh kampung tersebut.

Serangan itu membunuh Maryam Ibrahim, 60, di dalam rumahnya dan mencederakan seorang pemandu teksi, Ahmed Ali, 45, yang kehilangan kedua-dua belah kaki, menurut HRW.

Lima anak Ahmed cedera dalam serangan itu.

Menurut HRW, bahan letupan kecil yang bertaburan di kawasan yang luas menyebabkan sukar untuk mengelakkan kemalangan jiwa penduduk awam jika mereka berada di kawasan pertempuran.

"Penyelidikan kami di Iraq dan Kosovo menunjukkan bom penabur tidak boleh digunakan di kawasan berpenduduk tanpa menyebabkan kematian penduduk awam," tegas Roth.

"Israel mesti berhenti menggunakan bom penabur di Lebanon dengan serta-merta."
posted by jasindaily online @ 8:51 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com