Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
ISRAEL DAKWA TIDAK MAHU GULING HAMAS
Selasa, Julai 11, 2006
PM dari negara laknat ni cakap jer lebih, dah banyak umat Islam palestin dibunuhnya tapi masih menafikan yang dia xmau nak gulingkan kerajaan HAMAS...dasar cakap xserupa bikin..orang macam ni jangan diberi muka...pancung jer kepala dia...sama ngan sekutu2 dia terutama si bush...dah la dulu tercekik biskut sampai pengsan, tapi tak gheti nak serik2.....geramnnya aku...................

BAITULMAQDIS 10 Julai - Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert hari ini menafikan rejim Yahudi itu merancang untuk menggulingkan kerajaan Palestin pimpinan Hamas tetapi menuduh para pemimpin pergerakan itu "terlibat secara langsung dalam keganasan."

"Kami tidak ada hasrat untuk menggulingkan kerajaan Hamas. Kami hanya mahu menghalang pengganas daripada melakukan keganasan terhadap rakyat Israel," kata Olmert kepada media asing.

Tentera Israel menceroboh masuk ke Genting Gaza hampir dua minggu lalu selepas pejuang yang ada hubungan dengan kerajaan Palestin menyeberangi sempadan dan menawan seorang askar Israel.

Pejuang Hamas juga telah melancarkan roket di selatan Israel.

Serangan Israel di Gaza, tindakannya menangkap menteri-menteri Kabinet Hamas dan ugutan untuk membunuh para pemimpin pertubuhan itu telah menimbulkan tuduhan bahawa Israel cuba menggulingkan kerajaan Palestin yang telah dipilih secara demokratik.

Olmert juga menyatakan beliau bertekad untuk melaksanakan rancangan pengunduran dari Tebing Barat sekalipun berlaku pertempuran sengit antara askar Israel dengan pejuang Palestin di Genting Gaza.

Menurut Perdana Menteri itu, pemisahan antara Israel dengan Palestin tidak dapat dielakkan dan keganasan yang meletus di Gaza sekarang ini tidak akan menghalang penubuhan sebuah negara Palestin yang bersempadan dengan Israel.

Olmert mahu Israel berundur dari sebahagian besar Tebing Barat menjelang 2010 untuk membolehkan Palestin mencapai kemerdekaan dan Israel menetapkan sempadan terakhirnya.

Sementara itu, seorang pejuang Palestin terbunuh dan tiga rakannya cedera dalam satu serangan udara Israel di Genting Gaza hari ini selepas rejim Yahudi berikrar akan menjalankan operasi tanpa batas untuk membebaskan seorang askarnya yang diculik dan menghentikan serangan roket.

Tentera Israel menyatakan sebuah pesawat udaranya membedil sekumpulan pejuang yang bersiap sedia untuk melancarkan roket ke wilayah Israel.

Sumber keselamatan Palestin berkata, kumpulan itu termasuk pejuang bersenjata daripada beberapa puak Palestin termasuk Hamas.
posted by jasindaily online @ 7:36 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com