Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
IRAN BONGKAR OPERASI SULIT AS
Selasa, Julai 11, 2006
Komando dikerah gugat, tumbangkan rejim

TEHERAN: Bekas duta dan beberapa tokoh di Iran mendedahkan mengenai operasi sulit tentera Amerika Syarikat di dalam Iran bertujuan mengucar-kacirkan negara itu, menumbangkan rejim Islam atau persiapan melancarkan serangan.

"Kerajaan Iran mengetahui dan menyedari penyusupan tentera AS itu. Ia juga bermakna kerajaan Iran sudah mengenal pasti ejen itu tetapi atas alasan tertentu enggan mendedahkannya," kata bekas duta Iran yang enggan namanya disiarkan.

Bercakap di Teheran, duta itu yang juga bekas pegawai kementerian luar berkata, ejen digunakan oleh AS adalah mereka yang berasal dari Iran atau warga asing yang dilatih di Amerika atau menerusi kedutaan AS di Dubai dan Ankara.

Beliau turut memberi amaran, tindakan seperti itu bakal mengundang reaksi tertentu.

"Kedua-dua pihak mungkin akan melakukan sesuatu," katanya merujuk kepada kemampuan Iran itu mencetuskan haru-hara di Iraq dan Afghanistan terutama terhadap tentera AS yang dikerah di negara itu.

Baru-baru ini, pemberita terkemuka AS, Seymour Hersh dalam majalah The New Yoker menyatakan pentadbiran Presiden George W Bush meningkatkan aktiviti sulit di dalam Iran dan melipatgandakan perancangan terhadap kemungkinan melancarkan serangan udara besar jika krisis nuklear Iran memuncak.

Hersh menulis, pasukan komando AS sudah diarah memasuki Iran untuk mengumpul data dan mengukuhkan hubungan dengan semua kumpulan antikerajaan terutama kumpulan minoriti kecil.

Taktik itu kelihatan sama dengan proses yang dilakukan AS ketika melancarkan serangan ke atas Afghanistan bagi menggulingkan kerajaan Taliban dengan merasuah berjuta-juta dolar kepada suku kaum pribumi.

"Dakwaan Iran ini benar," kata pemberita perisikan United Press International (UPI), Richard Sale merujuk kepada dakwaan AS menggunakan pertubuhan Mujahideen-eKhalq (MEK) dan kumpulan lain untuk melakukan operasi rentas sempadan.
posted by jasindaily online @ 7:29 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com