Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
HIZBULLAH BERI TENTANGAN SENGIT
Selasa, Julai 25, 2006

BEIRUT 24 Julai - Pertempuran sengit meletus hari ini antara pejuang Hizbullah dengan askar Israel yang mara lebih jauh ke selatan Lebanon untuk memasuki satu lagi kubu kuat pergerakan itu.

Tentera Israel menyatakan sekurang-kurangnya sembilan askarnya cedera.

Bagaimanapun stesen televisyen Al- Jazeera melaporkan dua askar Yahudi terbunuh dan ramai lagi cedera dalam pertempuran dekat kampung Maroun Al-Ras, di sempadan Israel-Lebanon yang ditawan oleh askar Israel kelmarin.

Satu kenyataan Hizbullah pula menyebut pejuangnya telah membedil lima kereta kebal Israel dan askar di dalamnya terbunuh atau cedera.

Askar Israel menawan puncak sebuah bukit di pekan Bint Jbail berikutan bedilan sengit dengan meriam tetapi belum menawan pekan itu.

Bunyi tembakan dan letupan kedengaran hampir berterusan di selatan Lebanon dari sempadan sebelah Israel dan kepulan asap tebal memenuhi ruang udara.

Askar Israel yang cedera kelihatan diusung balik ke Israel.

Bint Jbail terletak kira-kira dua kilometer ke utara Maroun Al-Ras, satu lagi kubu kuat Hizbullah.

Pada hujung minggu askar Israel menawan Maroun Al-Ras yang terletak tidak sampai 500 meter dari sempadan.

Tentera Israel menyatakan operasi tentera daratnya di Lebanon diperluaskan setelah dihadkan sebelum ini kepada serangan terhadap sasaran tertentu dekat sempadan.

"Skop operasi terus diperluaskan dan kami meneruskan kemaraan," kata Brigedier Jeneral Alon Friedman kepada Radio Tentera Israel

Friedman berkata, operasi itu akan diteruskan sehingga 10 hari bagi mencapai matlamat yang kami tetapkan termasuk untuk menghentikan serangan roket Hizbullah.

Serangan Israel setakat ini telah membunuh sekurang-kurangnya 381 orang di Lebanon termasuk 20 askar dan 11 pejuang Hizbullah, kata pegawai keselamatan.

Ratusan ribu rakyat Lebanon telah melarikan diri.

Sejumlah 37 rakyat Israel terbunuh meliputi 17 penduduk awam yang terkena bedilan roket Hizbullah dan 20 askar terbunuh dalam pertempuran itu.

posted by jasindaily online @ 7:06 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com