Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
HENTI CEROBOH PALESTIN - AS , PERANCIS TOLAK USUL NEGARA ARAB TUNTUT ISRAEL BERUNDUR
Sabtu, Julai 08, 2006
Celaka sungguh pemimpin negara-negara laknat ini....teringin rasanya aku nak tembak je pemimpin kedua-dua negara....jelas menunjukkan yang mereka semua ini secara terang hendak memerangi ISLAM bukannya memerangi keganasan !!!!!..boikot semua barangan depa !!!!!!!!!!!!
BEIT LAHIYA, Genting Gaza 7 Julai - Angka korban serangan Israel di Genting Gaza yang bermula minggu lalu, terus meningkat ketika Amerika Syarikat (AS) dan Perancis menolak draf usul negara-negara Arab yang mendesak Majlis Keselamatan menuntut Israel segera menghentikan tindakan menceroboh wilayah Palestin.

Kedua-dua negara itu menolak draf usul tersebut atas alasan ia "berat sebelah."

Serangan Israel yang dibantu oleh kereta kebal dan helikopter terus bertempur dengan pejuang Palestin yang bersenjatakan pelancar roket dan raifal di utara Gaza hari ini, selepas 25 orang Palestin dan seorang askar Israel terbunuh sejak semalam.

Angka itu menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh sepanjang seminggu lalu melebihi 40 orang.

Serangan semalam dan hari ini merupakan pertempuran sengit dan terbesar selepas pengunduran Israel dari wilayah Palestin September lalu.

Malah, pertempuran semalam mencatat kematian paling tinggi sejak Israel memulakan serangan pada minggu lepas.

Kebanyakan kematian di pihak Palestin membabitkan para pejuang, walaupun turut melibatkan kemalangan jiwa di kalangan kanak-kanak dan wanita sehingga menyebabkan kesesakan di beberapa hospital yang sedia menghadapi kekurangan kemudahan perubatan.

Tentera Israel turut menawan dua bandar di utara Gaza - Beit Lahiya dan Beit Hanoun - dengan tujuan membebaskan seorang askar yang masih menjadi tawanan pejuang Palestin selain menghalang serangan roket ke atas bandar-bandar di wilayahnya.

Serangan Israel diteruskan hari ini sebaik sahaja menjelang siang yang disasarkan ke atas kedudukan para pejuang.

Pejuang Palestin dilaporkan memberi tentangan terhadap pencerobohan tentera Israel itu sambil merayu campur tangan antarabangsa.

Bagaimanapun setakat petang ini masih tidak ada khabar mengenai nasib Koperal Gilad Shalit yang ditawan oleh kumpulan pejuang yang melancarkan serangan ke atas pos kawalan sempadan Israel pada 25 Jun lalu.

Nasib pemimpin-pemimpin Palestin termasuk lapan anggota Kabinet, yang ditangkap oleh Israel, juga belum diketahui.

Israel menegaskan, ia tidak bercadang untuk menduduki semula Gaza, tetapi para pegawai tenteranya berkata, mereka diarah membebaskan Shalit yang ditawan dan menghalang serangan roket pejuang.

Menteri Dalam Negeri Palestin, Said Siyyam mengeluarkan kenyataan menyeru semua pejuang dan pasukan keselamatan Palestin memenuhi tanggungjawab moral dan agama dalam menentang pencabulan Zionis yang pengecut.

Sementara itu, usaha negara-negara Arab yang mahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut Israel segera mengundurkan tenteranya dari Genting Gaza "terjejas" berikutan tindakan Perancis dan AS mengkritik draf resolusi mereka sebagai berat sebelah.

Draf resolusi Arab yang dibentangkan oleh Qatar kepada 15 anggota Majlis Keselamatan itu mengutuk tindakan Israel menahan puluhan menteri dan anggota Parlimen Palestin dan melancarkan serangan besar-besaran di Gaza selepas pejuang Palestin menawan seorang askarnya.

Ia juga menuntut Israel segera menghentikan serangannya terhadap penduduk awam Palestin, mengundurkan askarnya dari Gaza dan membebaskan para pegawai Palestin yang ditahan.

Ia juga melahirkan penghargaan kepada Majlis Keselamatan kerana berusaha untuk mencari penyelesaian diplomatik terhadap isu pembebasan tahanan termasuk askar Israel terlibat.

"Draf ini tidak cukup seimbang dan kami akan mengesyorkan pindaan kerana kami berpendapat banyak pindaan perlu dilakukan,'' kata Duta Perancis ke PBB, Jean-Marc de la Sabliere selepas rundingan tertutup mengenai draf tersebut.

"Berdasarkan penilaian awal, kami menganggap draf ini belum mencapai peringkat untuk diputuskan melalui pengundian,'' tambah Duta AS ke PBB, John Bolton.

Bagaimanapun Duta Palestin, Riyad Mansour berkata, penyokong teks itu akan memperlihatkan sikap bertolak ansur untuk memastikan draf resolusi tersebut seimbang.

Palestin mahu Majlis Keselamatan memberi mesej kepada Israel dan kepada kedua-dua pihak bahawa jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik semasa adalah menerusi rundingan dan bukan tindakan ketenteraan.
posted by jasindaily online @ 7:33 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com