BEIRUT 21 Julai - Masyarakat dunia terus dilanda kebimbangan bila serangan tentera Israel di Lebanon dan Palestin akan berakhir ketika usaha Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) untuk membawa gencatan senjata ditentang Amerika Syarikat (AS). Menteri Pertahanan Perancis, Michele Alliot-Marie menuduh AS menghalang usaha PBB untuk mengisytiharkan gencatan senjata segera di Lebanon.
Perancis juga menyifatkan suasana di Asia Barat kini menuju "kehancuran."
AS telah menolak tekanan antarabangsa untuk menyokong PBB supaya pertempuran dihentikan sekurang-kurangnya buat sementara waktu bagi mengelak kemalangan jiwa berterusan dan membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan dan rundingan bermula.
Beliau memberitahu radio Perancis, RMC Info hari ini, AS tidak mahu mencapai penyelesaian itu dengan segera.
"Pendirian itulah yang kini menyekat usaha Majlis Keselamatan," ujar beliau.
"Buat masa ini Israel jelas mahu menghancurkan ancaman Hizbullah dan kerana itu timbul keberatan untuk menyetujui gencatan senjata," menurut Alliot-Marie.
Ditanya sama ada Washington sengaja membenarkan Israel meneruskan serangannya terhadap Hizbullah di Lebanon, menteri itu menjawab: "Tidak syak lagi ada unsur sedemikian dalam analisis kita mengenai pendirian mereka (AS)."
Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan semalam menuntut gencatan senjata segera antara Israel dan Hizbullah dan mencadangkan rancangan bagi menamatkan pertempuran di Lebanon.
Bagaimanapun Duta AS ke PBB, John Bolton menyuarakan kesangsiannya tentang rancangan Annan itu.
Israel hari ini menyatakan kesediaan untuk menghentikan serangan di Lebanon dengan syarat Hizbullah melucutkan senjata dan dibubarkan sebagai sebuah militia.
Dalam pada itu, pesawat perang Israel menyambung semula serangan udara ke atas sasaran di seluruh Lebanon hari ini sementara seorang jeneral kanan menyatakan serangan darat besar-besaran mungkin dilancarkan terhadap pejuang Hizbullah tidak lama lagi.
Selepas 10 hari menjalankan kempen pengeboman tidak henti-henti yang menghancurkan sebahagian besar infrastruktur Lebanon, termasuk pengeboman paling dahsyat semalam, rejim Yahudi itu masih gagal menghalang Hizbullah daripada melancarkan roket ke wilayahnya.
Kegagalan itu membuka kemungkinan Israel perlu mengerahkan bala tentera darat untuk menyeberangi sempadan.
Malah Israel telah memberi amaran kepada ratusan ribu penduduk supaya meninggalkan selatan Lebanon dengan segera.
"Ada kemungkinan operasi tentera darat kami diperluaskan dalam beberapa hari akan datang," kata Brigadier Jeneral Alon Friedman kepada akhbar Maariv.
"Kami mempunyai banyak askar, kami akan menjalankan pengerahan besar-besaran askar simpanan dan kemungkinan banyak lagi askar yang akan tiba di sempadan dalam beberapa hari akan datang."
p/s : Kedua-dua negara ni ( ISRAEL & AMERIKA ) memang negara yanbg paling celaka...moga depa suma kerap ditimpa bala bencana dari Allah terutama pemimpinnya si bush yang tak reti nak makan sekut..... |