Jerman juga bimbang kesan serangan Israel akan merebak ke Eropah dengan militan bakal melancarkan serangan balas.
"Kita sekarang berada di ambang satu proses sangat berbahaya, boleh membawa perang serantau," kata Gernot Erler kepada radio SWR.
"Perang itu sudah tentu sukar dihentikan jika pertempuran merebak ke lebih banyak negara jiran seperti Syria atau Iran yang pastinya terlibat dengan aktiviti Hizbullah," kata Erler.
Beliau berpendapat Israel bertindak mengikut "logik sukar" dan serangan tenteranya boleh memarakkan lagi "kebencian dan kesediaan pihak lawan untuk berperang."
Pengeboman itu melemahkan kerajaan Lebanon, mengurangkan keupayaannya untuk memenuhi tuntutan Israel agar Beirut menyekat kegiatan Hizbullah, kata menteri itu.
"Satu-satunya pilihan sekarang ialah mengadakan gencatan senjata dan bukan memarakkan konflik tanpa henti, bagi membolehkan rundingan diadakan," katanya.
Israel mendakwa serangannya terhadap Hizbullah telah memusnahkan sekurang-kurangnya 25 peratus daripada keupayaan bertempur pergerakan gerila Lebanon itu.
Bagaimanapun struktur pemerintahan Hizbullah masih utuh sekalipun infrastruktur Lebanon dibedil hebat oleh pesawat perang Israel sejak gerila Hizbullah menculik dua askar dan membunuh lapan yang lain dalam serangan pada Rabu lepas, lapor akhbar Yedioth Ahronoth hari ini dengan memetik penilaian tentera.
Tentera Israel percaya Hizbullah hanya akan runtuh apabila 50 hingga 60 peratusnya daripada strukturnya dimusnahkan, menurut Yedioth.
Jurucakap kerajaan Israel, Miri Eisen berkata, serangan Israel terhadap lapangan terbang, pelabuhan dan lebuh raya Lebanon bertujuan untuk menghalang Hizbullah daripada memperoleh bekalan senjata baru.
Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang kubu kuatnya dibom oleh Israel semalam menegaskan, pergerakan beliau masih memiliki keupayaan penuh dan 'kejutan' menanti Israel jika rejim Yahudi itu memperhebatkan serangannya.
p/s : bagi aku, tujuan mereka adalah pasal agama ISLAM...agama kita dah ternoda akibat ancaman dari barat yang berusaha nak menentang keganasan..tapi depa ni 'BODOH' coz tak tau nak nilai apa yang di'MAKSUD'kan dengan keganasan..depa tak sedar yang depa sendiri ni pengganas bertaraf antarabangsa....dasar bodoh piang punyer barat...........!!