Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
54 MATI SERANGAN YAHUDI - 37 KANAK-KANAK ANTARA TERBUNUH HARI KE-19
Isnin, Julai 31, 2006
QANA 30 Julai - Sekurang-kurangnya 54 penduduk awam Lebanon termasuk 37 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara Israel di kampung Qana, selatan Lebanon awal hari ini - serangan yang memasuki hari ke-19.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan memanggil mesyuarat tergempar di New York pada pukul 11 malam (waktu Malaysia) untuk membincangkan isu Asia Barat ekoran bantahan pelbagai negara berhubung tragedi Qana.

Annan berkata, beliau terlalu sedih dengan tragedi itu.

Korban jiwa itu adalah yang terbesar dalam satu serangan Israel sejak rejim Yahudi melancarkan kempen keganasannya 19 hari lalu untuk menghancurkan pejuang Hizbullah.

Sehingga hari ini lebih 750 orang telah terkorban.

Beberapa buah rumah runtuh dan sebuah bangunan tiga tingkat yang menjadi tempat berlindung kira-kira 100 orang awam turut musnah, kata saksi dan pekerja penyelamat.

Jeritan dan raungan orang ramai yang marah dengan serangan itu kedengaran di tengah-tengah runtuhan bangunan.

Penduduk mengalihkan kepingan konkrit dengan kudrat mereka untuk mengeluarkan mangsa yang masih tertimbus.

Antara mayat yang dapat dikeluarkan ialah mayat seorang bayi dan seorang lelaki berusia 70 tahun.

Tentera Israel mendakwa telah memberi amaran kepada penduduk Qana supaya berpindah dan menuduh Hizbullah bertanggungjawab menggunakan kampung itu untuk melancarkan roket ke wilayah Israel.

Menteri Pertahanan Lebanon, Elias Murr menyangkal tuduhan itu.

"Israel hendak cakap apa? Adakah Israel akan mengaku membunuh 40 kanak-kanak dan wanita?" kata beliau kepada stesen televisyen, Al-Jazeera.

Qana, ke timur bandar pelabuhan Tyre, sebelum ini pernah menjadi simbol pembunuhan penduduk awam Lebanon di tangan tentera Yahudi.

Pada April 1996, bedilan tentera Israel terhadap sebuah pangkalan pasukan tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Qana membunuh lebih 100 orang awam yang berlindung di situ semasa kempen pengeboman 'Grapes of Wrath' yang dijalankan oleh rejim Yahudi.

Sasaran sebenar serangan udara pada 1 pagi ini (6 pagi waktu Malaysia) itu belum diketahui.

Ia dilancarkan ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice berada di Baitulmaqdis dalam misi untuk memujuk Israel dan Lebanon supaya mempersetujui penempatan pasukan tentera antarabangsa di kawasan sempadan.

Sementara Rice melakukan lawatan keduanya ke rantau ini, pejuang Hizbullah bertempur dengan askar Israel yang mara semula ke selatan Lebanon, kata sumber keselamatan Beirut.

Pertempuran meletus apabila askar Israel menyeberangi sempadan menghala ke pekan Khiam.
posted by jasindaily online @ 7:03 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com