Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
SERANGAN TERBARU ISRAEL RAGUT TIGA NYAWA
Khamis, Jun 22, 2006
KEM PELARIAN JEBALIYA, Genting Gaza 21 Jun - Tiga penduduk awam terbunuh dan sembilan yang lain cedera dalam satu serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh sebuah pesawat Israel di kem pelarian Jebaliya yang sesak di utara Gaza semalam.

Serangan itu sebenarnya ditujukan ke atas sebuah kereta yang dikatakan membawa anggota-anggota militan Palestin, tetapi sasarannya tidak tepat, sebaliknya meragut nyawa seorang remaja dan dua kanak-kanak.

Serangan terbaru Israel itu dilancarkan ketika usaha-usaha sedang dilakukan untuk menyambungkan semula rundingan damai.

Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, kereta itu membawa pejuang-pejuang Briged Al-Aqsa, yang merupakan satu cabang dalam pergerakan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas.

Dr. Jumma Fatah dari Hospital Shifa di Bandar Gaza berkata, kanak-kanak yang terbunuh itu ialah seorang budak lelaki berusia lima tahun yang dikenal pasti sebagai Mohammed Roka dan kakaknya Needa berusia tujuh tahun.

Para pegawai hospital berkata, seorang gadis remaja berusia 16 tahun turut meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam serangan itu.

Kereta itu meletup di sebatang jalan yang sempit di Jebaliya, yang merupakan khemah pelarian terbesar di Gaza di mana kira-kira 100,000 penduduk Palestin tinggal di situ.

Beratus-ratus penduduk Palestin yang marah dengan kejadian itu telah berkumpul di sekeliling kereta tersebut sambil melaungkan slogan anti-Israel.

Khalil Roka, sepupu kepada dua orang kanak-kanak itu berkata, dia sedang duduk di depan bengkel keretanya apabila serangan itu dilancarkan.

Menurutnya, kereta itu meletup dan serpihannya mengenai kedua-dua sepupunya yang sedang bermain di depan sebuah rumah berhampiran.

Sementara itu, Israel mengancam untuk melancarkan serangan yang lebih keras terhadap kumpulan militan Palestin.

Bercakap pada Kongres Yahudi Sedunia di Baitulmaqdis lewat semalam, Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berikrar tidak ada imuniti terhadap rakyat Palestin yang menyerang Israel.

"Saya ingin katakan di sini kepada sesiapa yang mahu menyerang kami, kami akan mengambil tindakan keras dan lebih menyakitkan daripada tindakan yang diambil pada masa lalu," katanya.
posted by jasindaily online @ 7:23 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com