Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
PEGUAM BELA SADDAM DIBUNUH
Khamis, Jun 22, 2006
BAGHDAD 21 Jun - Salah seorang peguam bela Saddam Hussein dibunuh hari ini selepas beliau diculik dari rumahnya di sini oleh sekumpulan lelaki berpakaian seragam polis.

Khamis Al- Obeidi yang mewakili Saddam dan adik lelakinya, Barzan Ibrahim diculik dari rumahnya pada pukul 7 pagi ini (11 pagi waktu Malaysia), kata ketua peguam Saddam, Khalil Al-Dulaimi.

Ketua pendakwa, Jaafar Al- Moussawi mengesahkan Khamis telah dibunuh walaupun beliau tidak memberi butir-butir lanjut.

Berlainan dengan Khalil yang berulang alik di antara Amman di Jordan dengan Baghdad, Khamis memilih untuk terus tinggal di ibu kota ini walaupun keadaannya tidak selamat dan dua anggota pasukan peguam bela itu juga dibunuh pada tahun lepas.

Khalil menyalahkan Kementerian Dalam Negeri yang didakwa oleh penduduk Sunah telah diresapi oleh pasukan pembunuh dari kalangan puak Syiah.

"Kami mengutuk tindakan ini dan kami mengutuk pembunuhan penduduk Iraq oleh pasukan Kementerian Dalam Negeri," katanya.

Beliau turut menyalahkan tentera asing pimpinan Amerika Syarikat (AS) kerana perang yang dilancarkan oeh AS dan sekutunya telah membolehkan militia Syiah memainkan pengaruh.

Kumpulan bersenjata menculik peguam bela Saddam, Saadoun Al-Janabi dari pejabatnya di Baghdad sehari selepas perbicaraan bermula pada Oktober lalu.

Mayatnya ditemui keesokan hari dengan dua bekas tembakan di kepala.

Hampir tiga minggu kemudian, seorang lagi peguam bela, Adel Al-Zubeidi dibunuh dalam satu serang hendap di Baghdad
posted by jasindaily online @ 7:27 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com