Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
ISRAEL TIADA HASRAT DUDUKI GENTING GAZA
Jumaat, Jun 30, 2006
DASAR PENIPU BESAR YAHUDI LAKNATULLAH !!!!!
BAITULMAQDIS 29 Jun - Menteri Pertahanan Israel, Amir Peretz hari ini menyatakan rejim Yahudi itu tidak ada rancangan untuk menduduki semula Genting Gaza.

Beliau berkata demikian selepas askar dan kereta kebal Israel memperhebatkan serangan dengan tujuan untuk membebaskan seorang askarnya yang ditawan oleh pejuang Palestin.

"Kami tidak ada hasrat untuk menduduki semula Genting Gaza, kami tidak berhasrat untuk terperangkap lagi di wilayah yang telah membawa banyak masalah ini,"kata Peretz kepada wartawan pada hari kedua operasi tentera darat di wilayah tepi pantai itu.

Menteri tersebut menegaskan pencerobohan itu hanya bertujuan untuk menyelamatkan Korporal Gilad Shalit, 19.

Shalit diculik dalam satu serangan pejuang Palestin terhadap sebuah pos tentera di Israel dan diseludup masuk ke Gaza pada Ahad lalu.
posted by jasindaily online @ 7:29 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com