| DEMI MASA |
| |
| ISRAEL TERUS MENGGANAS, 2 LAGI MAUT |
| Jumaat, Jun 23, 2006 |
KHAN YOUNIS, Genting Gaza 22 Jun - Dua penduduk awam terbunuh dan sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera di Gaza semalam apabila serangan peluru berpandu Israel tidak mengenai sasaran untuk kali kedua dalam masa dua hari ini.
Dalam serangan itu, sebuah pesawat Israel melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kedudukan pejuang Palestin di bandar Khan Younis, selatan Gaza.
Serangan itu bagaimanapun tidak mengenai sasaran, sebaliknya memusnahkan sebuah rumah dan membunuh penghuninya, Fatma Abdel Khader, 35, dan juga abangnya, Zakaria Ahmed, 45, yang datang dari Arab Saudi untuk menziarahinya.
Para pegawai hospital berkata, lima orang kanak-kanak adalah antara mangsa yang cedera dalam serangan itu yang dikatakan disasarkan ke atas sebuah kereta yang dinaiki oleh pejuang-pejuang Palestin.
Seorang saksi berkata, kereta berkenaan lalu di depan rumah itu sewaktu serangan dilancarkan. Pejuang-pejuang yang dalam kereta tersebut sempat keluar dan melarikan diri ke arah sebuah ladang berhampiran.
Kelmarin, seorang remaja dan dua kanak-kanak terbunuh dalam satu lagi serangan Israel yang juga disasarkan ke atas sebuah kereta yang dikatakan membawa anggota-anggota pejuang Palestin.
Serangan semalam menyemarakkan lagi kemarahan masyarakat Palestin serta membayangi inisiatif pertama ke arah usaha untuk menyambung semula rundingan damai ekoran kemenangan kumpulan pejuang Hamas dalam pilihan raya Parlimen pada Januari lalu. |
posted by jasindaily online @ 7:18 PG  |
|
|
|
|
| DPPKJASIN |
|

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
| CORETAN YANG LALU |
|
| ARKIB |
|
|
| POWERED BY |
 |
|