Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
ISRAEL KAJI SEMULA TEMBOK - PEMBINAAN HANYA KERANA KESELAMATAN, BUKAN PERKUKUH YAHUDI
Selasa, Jun 20, 2006
BAITULMAQDIS 19 Jun - Menteri Pertahanan Israel, Amir Peretz telah mengarahkan supaya laluan tembok pemisah Israel dengan Tebing Barat dikaji semula bagi mengambil kira bantahan rakyat Palestin.

Bagaimanapun Pejabat Peretz enggan mengulas mengenai arahan tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Haaretz hari ini.

Menurut laporan itu, Peretz yang memimpin parti properdamaian, Parti Buruh, mahu memastikan kedudukan tembok pemisah adalah berdasarkan pertimbangan keselamatan semata-mata, dan bukan berasaskan hasrat meluaskan kawasan penempatan Yahudi dan mengukuhkan cengkaman Israel terhadap wilayah Palestin.

Langkah itu melibatkan seluruh laluan tembok berkenaan termasuk bahagian yang sudah pun didirikan dan mungkin perlu diubah laluannya ekoran keputusan itu, lapor Haaretz.

Israel mendakwa tembok dan pagar pemisah itu membantu menghalang kemasukan pengebom berani mati Palestin manakala Palestin pula menegaskan tujuan sebenar adalah untuk merampas tanah mereka di Tebing Barat.

Keputusan Peretz itu diambil selepas Mahkamah Agung Israel minggu lalu mengarahkan Kementerian Pertahanan menukar laluan bahagian tembok sepanjang lima kilometer dekat bandar Palestin, Qalqiliya.

Mahkamah mendapati tembok di kawasan itu dibina untuk membolehkan peluasan sebuah kawasan penempatan Yahudi, bukan atas sebab keselamatan sahaja.

Pertubuhan Palestin dan hak asasi manusia mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 10 lokasi di sepanjang tembok itu di mana Israel mengambil tanah di Tebing Barat untuk membina tembok dengan tujuan untuk membolehkan peluasan kawasan penempatan Yahudi.
posted by jasindaily online @ 7:35 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com