Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
ISRAEL BERKAS TPM, MENTERI PALESTIN
Jumaat, Jun 30, 2006
RAMALLAH 29 Jun - Timbalan Perdana Menteri Palestin yang juga merangkap Menteri Pendidikan adalah antara lapan anggota Kabinet yang ditangkap oleh tentera Israel awal hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pemerintah Tentera Israel, Mejar Jeneral Yair Naveh sambil memberitahu, pihaknya juga menangkap 20 anggota Parlimen Palestin dan lebih 30 anggota pergerakan Hamas dalam operasi besar-besaran itu.

Lima daripada menteri Kabinet itu ditangkap di sebuah hotel disini kemudian digari dan ditutup mata mereka sebelum mereka dibawa pergi, kata sumber Palestin.

Mereka yang terbabit ialah Menteri Kewangan, Omar Abdelrazek; Menteri Perancangan, Samer Abu Eisheh; Menteri Kerajaan Tempatan, Issa Al-Jaabari; Menteri Hal Ehwal Pelarian, Wasfi Kabha dan Menteri Hal Ehwal Sosial, Fakhri Al-Turkmani.

Menteri-menteri berkenaan ditahan di hotel berkenaan kerana Israel mengenakan sekatan terhadap pergerakan mereka di seluruh Tebing Barat.

Menteri Hal Ehwal Agama, Nayef Rajub pula ditangkap di rumahnya di bandar Hebron.

Menteri Buruh, Mohammed Barghuti ditangkap di satu sekatan jalan raya dekat sini manakala Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis, Khaled Abu Arafeh ditahan di kota suci itu, kata sumber.

Mereka ditangkap dalam operasi yang tertumpu di ibu kota Tebing Barat, Ramallah, bandar Hebron dan Jenin di selatan wilayah itu serta di Baitulmaqdis Timur, menurut sumber tentera Israel hari ini.

Operasi tersebut juga menyaksikan pejuang sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam ditahan oleh askar Israel, kata pegawai Palestin.

"Langkah ini diambil kerana Hamas telah membuktikan pembabitannya dalam keganasan terutamanya serangan Ahad lalu yang menyebabkan dua askar kami terbunuh dan seorang lagi diculik," kata seorang pegawai tentera Israel yang enggan namanya disiarkan.

Dia menafikan Israel merancang untuk menggunakan pegawai Hamas tersebut sebagai pertukaran dengan askar Israel yang diculik pada Ahad lalu.

"Para pegawai Hamas itu akan dibawa ke muka pengadilan dan kami berharap mereka akan ditahan untuk tempoh yang lama," katanya.

Dalam reaksinya, Timbalan Speaker Parlimen Palestin, Ahmed Bahar menuduh Israel melancarkan perang terbuka untuk menghancurkan kerajaan Palestin.
posted by jasindaily online @ 7:21 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com