Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
IRAN TOLAK DESAKAN BEKU PENGAYAAN URANIUM
Selasa, Jun 20, 2006
LONDON 19 Jun - Iran bersedia untuk mengehadkan program nuklearnya tetapi tidak akan membekukan kegiatan pengayaan uranium sebagai prasyarat untuk mengadakan rundingan di peringkat antarabangsa.

Akhbar Financial Times hari ini melaporkan pendirian Iran itu dengan memetik kenyataan dua sumber kerajaan di Teheran.

"Jika mereka hadapi tekanan, kira-kira 70 peratus daripada pemimpin kanan mungkin bersetuju untuk mengehadkan bilangan alat emparan," kata salah satu sumber tersebut.

Teheran akan memberi jaminan objektif kepada masyarakat antarabangsa bahawa program nuklearnya adalah untuk kegunaan awam semata- mata.

Kedua-dua sumber menegaskan, Teheran tidak boleh membekukan kegiatan pengayaan uranium kerana perlu mengambil kira politik domestik dan kerana merasakan tekanan antarabangsa tidak cukup hebat untuk memaksanya bertindak.
posted by jasindaily online @ 7:26 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com