Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
ASKAR AS BUNUH LELAKI IRAQ
Jumaat, Jun 23, 2006
CAMP PENDLETON, California 22 Jun - Tujuh askar marin dan seorang anggota tentera laut Amerika Syarikat (AS) hari ini didakwa merancang pembunuhan dengan menembak mati seorang lelaki Iraq sewaktu memburu gerila-gerila negara itu.

Kelapan-lapan askar AS itu juga didakwa menculik, mencuri dan membuat kenyataan palsu.

Mereka yang terbabit ialah Sarjan Lawrence G. Hutchins III, Korporal Marshall L. Magincalda, Korporal Trent D. Thomas, Lans Korporal Tyler A. Jackson, Lans Korporal Jerry E. Shumate Jr., Lans Korporal Robert B. Pennington, prebet kelas pertama kor marin John J. Jodka dan prebet kelas ketiga hospital tentera laut Melson J. Bacos.

Kesemua tertuduh adalah anggota-anggota Rejimen Marin ke-5 yang berpangkalan di Kem Pendleton.

Sesetengah atau kesemua askar itu boleh dikenakan hukuman mati jika sabit dengan kesalahan.
Menurut satu dokumen pendakwaan, lelaki Iraq itu, yang dikenal pasti sebagai Hashim Ibrahim Awad, diculik dari rumahnya sebelum dibunuh di Hamdania ke barat Baghdad pada 26 April lalu.

Kelapan-lapan askar itu telah meletakkan raifal penggempur AK-47 yang dicuri dari rumah seorang penduduk Iraq ke dalam tangan Hashim untuk menunjukkan seolah-olah dia seorang gerila.

Seorang pegawai kanan Pentagon juga berkata, sebuah penyodok yang dicuri dari rumah berkenaan turut diletakkan ke atas mayat Hashim untuk menunjukkan mangsa cuba menanam bahan letupan.

Kes kelapan-lapan askar itu tiada kaitan dengan pembunuhan 24 penduduk awam yang membabitkan askar-askar marin AS yang lain di bandar Haditha di barat Iraq pada November lalu
posted by jasindaily online @ 7:30 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com