Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
SEMAKIN BAHAYA...
Sabtu, Mei 13, 2006
Gunung Berapi Merapi yang terletak berhampiran kampung Srumbung dekat bandar Yogjakarta di Jawa Tengah terus memuntahkan lahar panas dan kepulan asap yang mengancam keselamatan penduduk di persekitarannya.

Gunung berapi setinggi 2,914 meter itu telah mengeluarkan kepulan asap lebih tiga minggu lalu dan mula mengeluarkan lahar panas sejak seminggu lalu, yang mendorong ahli-ahli sains untuk mengeluarkan amaran bahawa gunung itu dijangka meletup pada bila-bila masa.

Pejabat yang memantau kegiatan gunung berapi itu berkata dalam laporan hariannya bahawa lahar merah, yang sebelum ini dilaporkan mengalir turun hingga ke paras 200 meter, kini telah sampai 1,500 meter melalui lereng selatannya.

Perkembangan terbaru itu telah mendorong Naib Presiden Indonesia, Yusuf Kalla untuk mengarahkan pihak berkuasa supaya memulakan operasi pemindahan kira-kira 17,000 penduduk yang tinggal di lereng gunung berapi itu.
posted by jasindaily online @ 10:32 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com