Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Puak Fatah-Hamas bertempur, 3 terbunuh
Selasa, Mei 09, 2006
GAZA 8 Mei - Sekurang-kurangnya tiga penduduk Palestin terbunuh dan 11 lagi tercedera dalam pertempuran di antara anggota pergerakan Fatah dan kumpulan militan Hamas di Genting Gaza hari ini.

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berikrar akan memastikan pertempuran tersebut tidak bertukar menjadi perang saudara dan menjejaskan kestabilan kerajaan beliau.

Pertempuran itu merupakan keganasan dalaman Palestin yang paling serius sejak Hamas menewaskan Fatah dalam pilihan raya Januari lalu dan membentuk sebuah kerajaan.

Anggota-anggota pasukan perubatan berkata, tiga lelaki bersenjata - dua anggota Fatah dan seorang daripada Hamas terbunuh dalam pertempuran dekat bandar Khan Younis dan beberapa orang lagi cedera.

Pertempuran itu berlaku selepas Hamas menuduh Fatah menculik tiga orang anggotanya, kata para pegawai keselamatan.

Pada bulan lalu, 20 orang cedera dalam pertempuran antara para penyokong Fatah dan Hamas di sini selepas pemimpin Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal mengecam tindakan Presiden Mahmoud Abbas yang menolak sebuah pasukan keselamatan baru yang ditubuhkan oleh Hamas dan diketuai seorang tokoh militan.

Pertemuan antara Mahmoud dan Ismail kelmarin gagal menyelesaikan perbalahan berhubung dengan soal keselamatan.
posted by jasindaily online @ 7:25 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com