BANGKOK 30 Mei - Kabinet Thailand meluluskan 15 Oktober ini sebagai tarikh pilihan raya umum semula. Tarikh itu dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) dan diluluskan pada mesyuarat Kabinet hari ini, kata jurucakap kerajaan, Sansanee Nakphong.
Thailand mengadakan pilihan raya umum pada 2 April lalu, tetapi pengundian dipulau oleh parti-parti pembangkang utama dan selepas itu diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah-mahkamah tertinggi negara ini.
|