Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Nuklear: Dunia alpa
Jumaat, Mei 19, 2006
TOKYO 18 Mei - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan merayu diplomasi yang lebih baik dengan Iran dan Korea Utara sambil memberi amaran mengenai kealpaan terhadap dunia yang mana semua negara merasakan mereka memerlukan senjata nuklear.

Annan yang berada di Jepun dalam rangka lawatan ke lima negara Asia berkata, semua pihak perlu memperlahankan retorik menakutkan mengenai Iran dengan mengadakan rundingan secara berdepan dan menyeru rundingan enam negara mengenai peletakan senjata dengan Pyongyang disambung semula.

Berucap di University of Tokyo, Annan berkata, dunia kini kelihatan telah sampai di persimpangan sama ada negara perlu menghalang senjata nuklear atau merasakan satu kewajipan kepada mereka untuk memilikinya.

''Masyarakat dunia kelihatan hampir alpa sejak kebelakangan ini, bukan oleh pilihan secara sedar tetapi lebih kepada salah perkiraan, debat yang tandus dan mekanisme multilateral yang lumpuh untuk pembinaan keyakinan dan resolusi konflik,'' katanya.

Annan kesal kerana dua mesyuarat peringkat antarabangsa tahun lalu gagal mengukuhkan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) 1970 yang kini menjadi halangan dalam usaha penentangan terhadap senjata nuklear.

''Sementara beberapa kemajuan dalam mengurangkan senjata telah dicapai, masih terdapat ribuan senjata nuklear di seluruh dunia yang kebanyakannya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga,'' katanya.

Beliau memuji pendekatan Jepun, negara ekonomi kedua terbesar di dunia, satu-satunya negara yang pernah mengalami serangan nuklear tetapi tetap mencintai kedamaian secara rasmi.
posted by jasindaily online @ 6:03 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com